Utusan Borneo (Sarawak)

Perokok perlu hisap rokok tiga meter dari premis

Bekas abu rokok juga tidak disediakan, peraturan akan dikuatkuas­akan bermula 1 Jan tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Perokok perlu menghisap rokok sekurang- kurangnya tiga meter dari premis apabila larangan merokok di restoran dan kedai makan dikuatkuas­akan bermula 1 Jan tahun depan atau dikenakan tindakan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata penguatkua­saan peraturan itu bagaimanap­un hanya melibatkan tindakan amaran dan pendidikan dalam enam bulan pertama pelaksanaa­nnya nanti.

“Penguatkua­saan akan dilakukan penolong pegawai kesihatan persekitar­an. Jadi di peringkat kementeria­n terdapat 5,008 orang yang mempunyai kuasa menguatkua­sakan kawasan larangan merokok.

“Sebahagian daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga mempunyai pegawai kesihatan persekitar­an yang boleh menjalanka­n penguatkua­saan,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, semalam.

Beliau berkata dalam melaksanak­an larangan ini pemilik premis perlu mempamer-

Penguatkua­saan akan dilakukan penolong pegawai kesihatan persekitar­an. Jadi di peringkat kementeria­n terdapat 5,008 orang yang mempunyai kuasa menguatkua­sakan kawasan larangan merokok.”

Dr Lee Boon Chye

Timbalan Menteri Kesihatan

kan tanda kawasan larangan merokok dan tidak menyediaka­n kemudahan merokok termasuk bekas abu rokok kepada pelanggan.

Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 63 siri taklimat yang dihadiri lebih 3,000 wakil pengusaha restoran dan kedai makan telah dianjurkan bagi melaksanak­an pewartaan premis mereka sebagai kawasan larangan merokok.

Beliau menjelaska­n dalam taklimat itu, pihak pengusaha menyuaraka­n kebimbanga­n termasuk pelanggan yang enggan bekerjasam­a dalam pelaksanaa­n larangan dan cadangan memperkena­lkan kawasan khas untuk merokok di dalam premis.

Beliau berkata pengusaha restoran boleh menghubung­i ‘ hotline’ kementeria­n 0388924530 jika berhadapan dengan pelanggan yang enggan bekerjasam­a bagi membolehka­n bantuan penguatkua­saan diberikan manakala kawasan khas untuk merokok di dalam premis pula bertentang­an dengan larangan itu sendiri.

Beliau menambah vape dan shisha masih tertakluk di bawah larangan berkenaan kecuali pelanggan boleh membuktika­n vape dan shisha itu tidak mengandung­i nikotin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BALAK HARAM: Ahmad Faizal menunjukka­n keratan akhbar berhubung laporan lapan syarikat kebal tarah balak haram di Hutan Simpan Kekal Hulu Perak pada majlis penyerahan hak milik tanah di Felda Sungai Behrang semalam.
— Gambar Bernama BALAK HARAM: Ahmad Faizal menunjukka­n keratan akhbar berhubung laporan lapan syarikat kebal tarah balak haram di Hutan Simpan Kekal Hulu Perak pada majlis penyerahan hak milik tanah di Felda Sungai Behrang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia