Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Siti Hasmah melawat Muhammad Adib di IJN

-

Ister Perdana Menteri Tun Dr Sit Hasmah Mohd Ali meluangkan masa selama 45 mini melawat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN) di sini semalam.

Menurut sumber IJN yang mengesahka­n perkara berkenaan, Dr Siti Hasmah tiba di IJN pada kira-kira jam 3 petang.

“Dr Siti Hasmah meninggalk­an IJN pada kira-kira 3.45 petang dan hanya meninjau dari luar bilik kaca tempa Muhammad Adib dirawat,” katanya ketika dihubung Bernama semalam.

Dr Siti Hasmah turut diiringi beberapa pegawai IJN dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi meninjau keadaan terkini tahap kesihatan Muhammad Adib.

Kelmarin, IJN dalam kenyataan menjelaska­n keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungs paru- parunya mengalam penurunan beransur- ansur sejak 24 jam lepas.

Selepas menjalanka­n penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapat menunjukka­n tanda- tanda konsolidas­i dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

Dalam kejadian awal pag 27 Nov lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipuku sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi sebelum dipindahka­n ke IJN Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia