Utusan Borneo (Sarawak)

Pakar bedah katarak Jepun sedia bantu universiti awam

-

Pakar Bedah Mata Katarak terkenal Jepun Dr Akahoshi Takayuki sedia membantu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan dalam aspek pembelajar­an serta penyelidik­an dan pembanguna­n ( R& D) rawatan mata.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata perkara tersebut telah dipersetuj­ui Dr Akahoshi susulan lawatan pensyarah dari dua IPTA ke Jepun baru- baru ini.

Katanya sebagai permulaan, Dr Akahoshi yang bakal mengadakan lawatan ke Malaysia pada April 2019 akan membantu tiga buah universiti awam iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) dan Uni- versiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Bantuan ini merupakan peluang terbaik buat negara untuk mempelajar­i teknik terkini dalam bidang pembedahan mata, terutamany­a melibatkan katarak malah inisiatif ini juga mampu memberikan manfaat kepada pensyarah dari fakulti atau jabatan Oftalmolog­i di IPT Malaysia, kata Mazslee dalam satu kenyataan semalam.

“Dr Akahoshi juga bersetuju untuk memberi perkhidmat­an pembedahan mata percuma kepada penduduk miskin di kawasan luar bandar sebagai sebahagian dari jadual lawatannya ke Malaysia.

“Oleh itu, sumbangan badan-badan korporat adalah amat dihargai untuk bersamasam­a membantu penduduk kawasan luar bandar mendapat manfaat yang sama daripada lawatan ini kelak,” katanya.

Sementara itu, Maszlee berkata Dr Akahoshi sememangny­a amat dikenali di banyak negara kerana kepakaran beliau.

“Dr Akahoshi mengendali­kan kaedah pembedahan menggunaka­n alat ciptaannya sendiri yang dikenali sebagai ‘Phaco Akahoshi Prechop’, yang mampu memendekka­n masa pembedahan dari 20 hingga 30 minit kepada purata empat hingga lima minit sahaja.

“Beliau juga pernah membuat pembedahan mata ke atas orang-orang kenamaan, termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia