Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia perlu hasilkan ciptaan baharu yang jana kekayaan: Dr M

-

Malaysia perlu menghasilk­an ciptaan baharu bagi pengurusan sisa buangan yang boleh menjana kekayaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pada hari ini terdapat banyak ciptaan dalam teknologi yang amat memberi kesan dan membawa banyak manfaat kepada penduduk di seluruh dunia.

Kata Dr Mahathir, sebagai contoh setiap tahun orang membeli telefon bimbit yang baharu dan membuang yang lama, dan ini akhirnya memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

“Pengurusan sisa adalah sesuatu yang harus diambil kira oleh teknologi supaya kita dapat mengasingk­an sisa dengan berkesan dan menggunaka­n semula sisa tersebut.

“Oleh itu, bagaimana untuk menangani sisa adalah sesuatu yang perlu dikaji,” kata beliau pada dialog Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) 2018, yang dipengerus­ikan oleh pengerusi MIGHT Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali di sini semalam.

Dialog itu dihadiri oleh 50 pemain industri berteknolo­gi tinggi. Semasa sesi tersebut, Dr Mahathir menjawab beberapa soalan dari para pemain industri antaranya ialah memastikan hasil penyelidik­an diubah men- jadi perniagaan yang menjana kekayaan.

Perdana Menteri berkata teknologi mikrocip adalah juga sesuatu yang harus diberi tumpuan oleh rakyat Malaysia memandangk­an kebanyakan produk teknologi tinggi yang baharu menggunaka­n mikrocip.

“Ini adalah hala tuju yang negara harus menuju dan mengkaji perkara ini,” kata Dr Mahathir. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Tun Dr Mahathir melihat pameran semasa hadir pada sesi dialog bersama pemain industri teknologi tinggi Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Tun Dr Mahathir melihat pameran semasa hadir pada sesi dialog bersama pemain industri teknologi tinggi Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia