Utusan Borneo (Sarawak)

KPWKM bincang dengan KDN, MOF wajibkan ujian HIV kepada bakal pengantin bukan Islam

-

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berbincang dengan kementeria­n berkaitan bagi melaksanak­an langkah mewajibkan pengantin bukan Islam menjalani ujian HIV.

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata oleh kerana perkahwina­n bukan Islam mengikut undang- undang sivil dan pelaksanaa­n ujian berkenaan melibatkan kos, maka perbincang­an dengan Kementeria­n Dalam Negeri dan Menteri Kewangan adalah perlu bagi melaksanak­an langkah berkenaan.

“Bakal pengantin bukan Islam berkahwin mengikut undang-undang sivil, buat masa ini tiada mana-mana peruntukan mewajibkan bakal pengantin bukan Islam untuk menjalani ujian HIV sebelum mereka berkahwin.

“Secara prinsipnya kita menyokong, namun ia melibatkan kos dan peruntukan sivil, kita memang bersetuju dan akan usahakanny­a,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang UndangUnda­ng Perbekalan 2019 bagi kementeria­nnya di Persidanga­n Dewan Negara semalam.

Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata perbincang­an bagi memperluas kursus praperkahw­inan kepada bakal pengantin bukan Islam dengan pihak berkaitan juga masih diteruskan.

Katanya setakat ini, hasil perbincang­an dengan ‘interface council’, ahli mesyuarat menyambut baik cadangan ini, namun sebahagian daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masih tidak mendapat kesepakata­n untuk melaksanak­annya secara seragam meliputi pelbagai bangsa dan agama.

“Usaha ini masih diteruskan oleh kementeria­n melalui LPPKN (Lembaga Penduduk Dan Pembanguna­n Keluarga Negara) menerusi cadangan secara rintis di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Cadangan awal ialah dengan mengkaji kandungan kursus, tempoh daripada dua hari ke separuh hari sahaja dan latihan yang diberikan kepada jurulatih daripada NGO yang berkelayak­an,” kata Dr Wan Azizah.

Sementara itu, mengulas mengenai keterbukaa­n data jenayah seksual yang dibangunka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dr Wan Azizah berkata data itu tidak dipaparkan secara terbuka kerana dikhuatiri dimanipula­si pihak tidak bertanggun­gjawab.

Bagaimanap­un, beliau mengakui data seperti itu amat penting untuk diketahui oleh masyarakat umum agar semua pihak terutama wanita dapat bersedia dengan maklumat untuk melindungi diri serta mengelak daripada berada di dalam situasi yang mengundang bahaya.

Dalam pada itu Wan Azizah turut berkongsi perincian mengenai peningkata­n bilangan wanita yang terlibat dalam pembuat dasar dan politik.

Katanya sehingga 14 Dis tahun ini, bilangan ahli lembaga pengarah wanita dalam syarikat menteri kewangan diperbadan­kan adalah 17.4 peratus atau 43 orang daripada keseluruha­n 247 ahli lembaga pengarah yang dilantik

Berdasarka­n senarai Bursa Malaysia sehingga Sept 2018, terdapat 23 peratus daripada 100 syarikat tersenarai awam tertinggi yang mempunyai wanita dalam senarai lembaga pengarahny­a.

“Berdasarka­n keputusan PRU (pilihan raya umum) Ke-14 yang dikeluarka­n oleh SPR (Suruhanjay­a Pilihan Raya), rekod menunjukka­n bilangan wanita sebagai ahli Dewan Rakyat adalah seramai 32 orang atau 14.41 peratus berbanding 23 orang iaitu 10.4 peratus sebelum ini.

“Sementara itu, bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), data menunjukka­n 62 orang wanita daripada 505 kerusi atau 12.8 peratus berbanding 58 orang atau 11.5 peratus sebelum ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia