Utusan Borneo (Sarawak)

Veteran saran UMNO adakan perhimpuna­n agung khas

Perhimpuna­n untuk dapatkan undi percaya daripada anggota parti

-

GEORGE TOWN: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewajarnya mengadakan perhimpuna­n agung khas untuk mendapat undi percaya daripada anggota-anggota parti itu, kata veteran UMNO Tan Sri Mohd Yussof Latiff.

Beliau berkata, menurut Fasal 8.5 perlembaga­an UMNO, perhimpuna­n agung khas boleh diadakan apabila terdapat salah satu daripada tiga permintaan iaitu pertama dengan kehendak presiden dan kedua, dengan permintaan bertulis daripada dua pertiga anggota-anggota Majlis Tertinggi.

Ketiga ialah dengan permintaan bertulis oleh sekurangku­rangnya satu perdua daripada jumlah kesemua bahagian dengan syarat kesemua bahagian itu telah mengadakan mesyuarat perwakilan khas

Jika Ahmad Zahid boleh buat permintaan yang pertama itu ia satu keputusan yang cukup mulia… sebaikbaik­nya Ahmad Zahid selaku presiden mengadakan perhimpuna­n agung UMNO khas dalam tempoh seminggu untuk

” diberi keyakinan penuh.

dengan masalah yang sama, katanya.

“Jika Ahmad Zahid boleh buat permintaan yang pertama itu ia satu keputusan yang cukup mulia… sebaik-baiknya Ahmad Zahid selaku presiden mengadakan perhimpuna­n agung UMNO khas dalam tempoh seminggu untuk diberi keyakinan penuh,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Mohd Yussof mengulas mengenai tindakan beberapa bekas pemimpin kanan UMNO yang berterusan mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai presiden UMNO.

Ditanya sama ada UMNO mungkin ‘ terkubur’, Mohd Yussof yang juga Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) berkata UMNO tidak wajar ‘ dikafankan’ kerana kemerdekaa­n dan nikmat yang dinikmati rakyat pada hari ini adalah hasil usaha dan pengorbana­n pemimpinpe­mimpin UMNO terdahulu.

“Sejarah tidak boleh dipadamkan walaupun marah dan benci kepada individu dan pemimpin UMNO. Sebaliknya yang perlu ‘dikafankan’ adalah mereka yang tidak berintegri­ti, tidak jujur dan tidak amanah serta singkirkan mereka yang menggunaka­n UMNO untuk kepentinga­n diri, keluarga dan kuncukuncu mereka,” katanya. — Bernama

Tan Sri Mohd Yussof Latiff Veteran UMNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia