Utusan Borneo (Sarawak)

BERSATU tidak masuk Sabah

-

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah, kata Pengerusin­ya Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

“Tidak, kami tidak akan bentuk apa-apa parti di Sabah. Penduduk Sabah boleh pilih parti mereka,” kata Perdana Menteri ketika ditanya media selepas menghadiri satu majlis dialog dengan pemacu industri berteknolo­gi tinggi di sini, mengenai kemungkina­n BERSATU meluaskan sayapnya ke Sabah.

Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, terdapat permintaan untuk parti itu melebarkan sayap ke Sabah susulan tindakan 14 wakil rakyat dan pemimpin kanan UMNO negeri itu bertindak keluar parti.

Mengenai permohonan Tan Sri Thamby Chik menyertai BERSATU selepas menyerahka­n borang keahlian ketika konvesyen parti itu di Melaka kelmarin, Dr Mahathir berkata, parti itu hanya akan menerima bekas Ketua Menteri Melaka itu jika sesuai.

“Kita bukan boleh terima semua orang. Setengah orang kita kena kaji dulu semasa dia ‘independen­ce’ (bebas),” kata Dr Mahathir pemberita ketika ditemui selepas sesi dialog dengan 50 pemacu industri berteknolo­gi tinggi di Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) di sini.

Mengenai laporan peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar dalam PKR, Dr Mahathir berkata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tentu mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian.

“Saya bukan dari PKR, saya tidak tahu, tentu dia ada sebab tersendiri. Saya tidak tahu apa-apa berkaitan dengan apa yang sedang berlaku dalam PKR,” katanya.

Nurul Izzah Anwar semalam mengumumka­n peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta mengundurk­an diri daripada jawatan sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang turut ditemui media berkata, beliau baharu sahaja mendapat maklumat mengenai peletakan jawatan itu.

“Saya baharu mendapat berita ini dan saya akan berjumpa dengan dia ( Nuru Izzah) untuk tanya apa yang berlaku. Itu saja komen saya,” katanya.

Kepada soalan mengena Setiausaha Politik beliau Muhammad Zahid Md Arip yang dikaitkan dengan pertuduhan rasuah melibatkan bekas Pengerusi FELDA Tan Sr Mohd Isa Abdul Samad, Dr Mahathir berkata tuduhan tidak bermakna seseorang itu bersalah.

“Tuduhan dibuat atas asas yang didapati. Kita kena tunggu sehingga dia dibicara jika didapati bersalah barulah kita boleh akui dia salah. Tuduhan saja tidak bermakna dia salah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SESI DIALOG: Dr Mahathir semasa sesi dialog bersama pemain industri mengenai Memacu Gelombang Industri Teknologi Tingg di Kumpulan Industri Kerajaan untuk Teknologi Tinggi (MIGHT di Cyberjaya semalam.
— Gambar Bernama SESI DIALOG: Dr Mahathir semasa sesi dialog bersama pemain industri mengenai Memacu Gelombang Industri Teknologi Tingg di Kumpulan Industri Kerajaan untuk Teknologi Tinggi (MIGHT di Cyberjaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia