Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Azizah ulangi PKR tidak terima bekas pemimpin UMNO

-

Datuk Seri Dr Wan Azizah mengulangi bahawa PKR tidak menerima bekas pemimpin UMNO yang ingin menyertai parti itu kerana tidak yakin mereka akan membawa agenda reformasi kepada negara.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu turut melahirkan lebih keyakinan kepada individu yang menyertai PKR sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, kerana jelas mereka sememangny­a mahu membawa agenda reformasi.

“Pada masa sekarang ini kita tak terima kalau UMNO. Siapa yang bersama kita sebelum pilihan raya beri lebih keyakinan mereka mahu reformasi.

“Yang lain, kita kena tengok... Rakyat telah menukar kerajaan untuk lakukan reformasi dalam negara. Itu ialah asas kepada sebarang pertimbang­an,” katanya ke- tika ditemui di lobi Parlimen di sini semalam.

Baru-baru ini, enam lagi Ahli Parlimen daripada UMNO mengumumka­n keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid; Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah); Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor); Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing).

Sebelum itu, pada Rabu hampir keseluruha­n barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk lima ahli Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri dan dua Senator mengumumka­n keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan untuk kepentinga­n rakyat yang diwakili. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia