Utusan Borneo (Sarawak)

BN Pahang yakin AP dan ADUN negeri setia pada parti

-

Barisan Nasional ( BN) Pahang memandang serius pendedahan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa terdapat gerakan membeli ahli Parlimen dan ahli dewan undangan ( ADUN) negeri ini untuk berpaling tadah bagi menjatuhka­n kerajaan negeri.

Pengerusin­ya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau bagaimanap­un yakin ahli Parlimen dan ADUN UMNO serta BN masih memberikan sokongan penuh kepada parti itu.

“Saya yakin mereka masih beri sokongan kuat kepada BN …tetapi kita akan beri perhatian… bagaimanap­un seperti mana saya katakan tadi mereka masih lagi setia kepada BN,” katanya ringkas ketika diminta mengulas tentang pendedahan oleh Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Penjawat Awam Kerajaan Pahang di sini, semalam.

Ahmad Zahid semasa berucap dalam program retreat UMNO Bahagian Temerloh di Frasser Hills kelmarin mendedahka­n terdapat gerakan membeli ahli Parlimen dan ADUN Pahang untuk berpaling tadah.

Beliau dalam pertemuan itu meminta BN negeri supaya berhati-hati dan melakukan sesuatu supaya perkara itu tidak berlaku.

Ini kerana Ahmad Zahid mendakwa beberapa pertemuan telah dilakukan dan beliau mempunyai saksi dalam perkara itu.

Terdapat desas-desus mengatakan ada nama- nama besar pemimpin peringkat negeri sedang mempertimb­ang untuk berbuat demikian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia