Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PH mahu semakan, saringan ketat ke atas permohonan bekas anggota parti pembangkan­g

-

Pemuda Pakatan Harapan (PH) menggesa pimpinan parti gabungan itu melakukan semakan dan saringan ketat terhadap manamana individu atau kumpulan pembangkan­g yang ingin menyertai PH.

Pemuda PH dalam satu kenyataan semalam berkata, syarat ketat harus dikenakan kepada mereka seperti lulus saringan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengisytih­ar harta secara telus dan tidak diberi jawatan penting dalam kerajaan pusat atau negeri.

Kenyataan bersama itu dikeluarka­n oleh Ketua Pemuda PH Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan Ketua Armada Bersatu dan tiga Timbalan Ketua Pemuda PH Akmal Nasrullah Mohd Nasir ( PKR), Mohd Sany Hamzan (AMANAH) serta Howard Lee Chuan How (DAP).

“Paling penting, (mereka perlu melakukan) permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat atas keputusan menyokong kerajaan terdahulu sebelum dan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Mereka juga diharuskan untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas terlebih dahulu.

“Pimpinan PH hanya boleh menerima kumpulan ini jika benar- benar berpuas hati mereka telah melepasi syarat yang dikenakan ini. Pemuda PH juga ingin menegaskan bahawa pertukaran parti politik tidak boleh sama sekali memberi pengecuali­an untuk sebarang bentuk siasatan salah laku dan ketirisan dikenakan kepada mana-mana individu,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, proses saringan perlu jelas, telus dan wajib dilaksanak­an oleh semua parti komponen PH iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebelum membuat keputusan untuk menerima kemasukan anggota baharu yang terdiri daripada mereka yang meninggalk­an parti asal.

Pemuda PH juga mengingatk­an kerajaan agar tidak melupakan mandat yang diberikan melalui undi PRU14 yang lepas kerana anak muda mahukan kerajaan berintegri­ti dan bermaruah, bukannya yang mendahuluk­an kuasa dan kepentinga­n politik.

“PH bukan satu lesen untuk mencari kekayaan harta dan pengaruh kuasa. Pakatan Harapan perlu menolak apa jua bentuk kleptokras­i, rasuah dan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN). Tidak boleh ada kompromi dalam isu sebegini.

“Kerajaan PH perlu sentiasa komited untuk menjunjung prinsip kepimpinan yang melayani (servant leadership) yang mana kepentinga­n dan keperluan rakyat mestilah diutamakan melebihi kepentinga­n sempit politik kepartian yang mendambaka­n nyawa baharu selepas rumah lama dimakan anai-anai kleptokras­i,” kata kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia