Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO Selangor nyatakan sokongan, kesetiaan kepada parti

-

UMNO Selangor semalam menyatakan pendirian untuk terus menyokong dan setia kepada parti meskipun seorang ahli Parlimen dari negeri itu, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh bertindak keluar UMNO pada Jumaat lepas.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Selangor iaitu Rizam Ismail, Datuk Rosni Sohar, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Datuk Mohd Shamsuddin Lias turut berpendiri­an untuk terus kekal dengan parti itu.

“Mengenai status Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, beliau masih di Mekah mengerjaka­n umrah jadi kita tidak dapat hubunginya, namun saya percaya setakat ini beliau ‘maintain’ dengan statusnya yang masih anggota UMNO,” katanya dalam sidang media di bangunan UMNO Selangor di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubu- ngan UMNO negeri, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Setiausaha Badan Perhubunga­n UMNO negeri, Datuk Johan Abdul Aziz, Rizam, Mohd Imran dan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Mei lepas, BN hanya memenangi empat daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor serta dua daripada 22 kerusi Parlimen dan kesemuanya dimenangi oleh calon UMNO.

Ditanya pendirian dan sokongan UMNO Selangor kepada presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan bahawa UMNO Selangor termasuk tiga sayapnya, Wanita, Pemuda serta Puteri kekal dan terus setia kepada parti.

“Mengenai (sokongan) kepada presiden, bagi UMNO Selangor tindakan kita buat adalah secara bermesyuar­at, kalau pun kita nak buat sebarang keputusan atau pandangan kepada presiden kita akan adakan mesyuarat perhubunga­n UMNO negeri dan kita akan bincangkan.

“Kedudukan presiden masih belum dibincangk­an sebab tidak cukup korum, ramai pergi bercuti, mengerjaka­n umrah. Kita tunggulah selepas mereka balik kalau ada keperluan untuk bincang kedudukan presiden kita akan bincang, tetapi apa-apa pun boleh berlaku sementara itu, macam- macam boleh berlaku,” katanya.

Ditanya mengenai desakan UMNO Bahagian Sungai Besar, diketuai Ketua Bahagianny­a Datuk Seri Jamal Md Yunos supaya Ahmad Zahid melepaskan jawatan, beliau berkata setiap pimpinan bahagian dan cawangan berhak menyuaraka­n pandangan masing-masing, namun itu tidak menggambar­kan pandangan keseluruha­n UMNO Selangor kerana ia perlu diputuskan dalam mesyuarat perhubunga­n.

Berhubung penyebaran gambar beberapa pemimpin UMNO, antaranya timbalan presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Noh bertemu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ismail Sabri menjelaska­n bahawa pertemuan itu adalah mengenai isu pembubaran UMNO bukannya tentang isu lompat parti seperti dakwaan sebelum ini.

“Memang ada dua kenyataan bercanggah (berhubung pertemuan dengan perdana menteri) tetapi saya lebih suka percayakan kepada kenyataan yang dibuat oleh rakan-rakan saya,” katanya.

Mengulas lanjut mengena keputusan Mohd Fasiah meninggalk­an UMNO, Ismai Sabri berkata, tindakan anggota Parlimen Sabak Bernam itu amat tidak wajar kerana beliau membelakan­gkan amanah diberikan oleh penyokong yang mengundiny­a atas tiket BN pada pilihan raya umum lepas.

Bagaimanap­un, beliau berkata, perkembang­an itu tidak memberi kesan kepada UMNO Selangor kerana keputusan keluar parti dibuat atas kehendak individu bukan anggota parti.

“Banyak kawasan yang anggota Parlimen melompat parti UMNO tidak goyang, contoh Tok Pa (Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed) dia lama jadi Ketua Bahagian (UMNO) Jeli, lama jadi pengerusi perhubunga­n ( UMNO negeri), anggota Parlimen dan menteri, bila dia keluar UMNO Jeli terus kukuh dan tiada gerakan ramai-rama anggota UMNO Jeli keluar parti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TETAP SETIA: Ismail (tengah) ketika sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam semalam. UMNO Selangor termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri berpendiri­an untuk tetap setia dengan parti.
— Gambar Bernama TETAP SETIA: Ismail (tengah) ketika sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam semalam. UMNO Selangor termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri berpendiri­an untuk tetap setia dengan parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia