Utusan Borneo (Sarawak)

Dua gol Shaqiri bantu Liverpool kecewakan United 3-1

Southampto­n akhiri rekod 22 perlawanan tanpa kalah Arsenal hasil gol kemenangan Austin pada minit akhir permainan

-

Cara pemain beraksi dan berusaha adalah luar biasa. Kami melihat senarai pemain United, bagaimana berdisipli­n mereka bermain dan berjaya mengikat kedudukan. Saya sangat gembira dengan

pemain.” prestasi

Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

LONDON, England: Liverpool kembali ke kemuncak Liga Perdana Inggeris ketika Xherdan Shaqiri memastikan kemenangan 3-1 ke atas Manchester United dengan dua gol sementara rekod 22 perlawanan tanpa kalah Arsenal berakhir di Southampto­n Ahad lepas.

Liverpool mencipta kemenangan liga keenam berturut-turut hasil dua gol lewat Shaqiri selepas Jesse Lingard mengikat gol pembukaan Liverpool, yang dijaringka­n Sadio Mane pada perlawanan di Anfield.

Gol Shaqiri membolehka­n Liverpool kembali dengan kelebihan satu mata di hadapan Manchester City, yang menduduki tangga teratas buat seketika apabila menewaskan Everton pada perlawanan hari Sabtu.

Kemenangan pertama Liverpool dari enam perlawanan terakhir menentang United itu menamatkan rekod buruk mereka sejak pertemuan pada Mac 2016 dan juga mengekalka­n rekod tanpa kalah liga kepada 17 perlawanan setakat ini.

Ketika kemenangan merupakan kegembiraa­n pra-Krismas untuk pengurus kelab, Jurgen Klopp, apa yang lebih penting ialah keengganan Liverpool untuk dikekang oleh pasukan United yang meletakkan lima pemain di benteng pertahanan dan membayangk­an keseriusan kelab untuk memburu kejuaraan liga yang pertama sejak 1990.

“Cara pemain beraksi dan berusaha adalah luar biasa. Kami melihat senarai pemain United, bagaimana berdisipli­n mereka bermain dan berjaya mengikat kedudukan. Saya sangat gembira dengan prestasi pemain,” kata Klopp.

“Kemasukan Shaqiri tepat pada masanya. Kami memerlukan seseorang untuk menjaringk­an gol.”

Mengenai impian Liverpool memburu kejuaraan liga, Klopp menambah: “Kami tahu kami adalah pasukan yang bagus. Kami harus membuktika­nnya dan terus berusaha.”

Mane meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-24 apabila melepasi kawalan Ashley Young untuk mengawal umpanan cantik Fabinho sebelum merembat menewaskan penjaga gol United, David de Gea.

United mengikat kedudukan pada minit ke-33 ketika penjaga gol Liverpool, Alisson Becker gagal menangani kemas hantaran Romelu Lukaku, membolehka­n Jesse Lingard merembat bola muntah ke pintu gol.

Kesilapan Alisson bagaimanap­un tidak terlalu buruk buat Liverpool apabila Shaqiri meletakkan Liverpool kembali di hadapan tiga minit selepas dimasukkan ke dalam padang dan kemudian memastikan Liverpool kembali ke tangga teratas liga dengan gol ketiga pada minit ke-80.

United sekarang ketinggala­n 19 mata di belakang Liverpool di tangga keenam ketika tekanan terus memuncak ke atas jurulatihn­ya, Jose Mourinho ekoran satu lagi aksi hambar anak buahnya.

“Kami tidak dapat menangani permainan pantas mereka. Kami pasukan yang kuat tetapi ia sukar untuk bolos dua gol seperti ini,” kata Mourinho.

“Jika anda bercakap tentang tuah, anda bercakap tentang gol kedua dan ketiga mereka.”

Di St Mary, pengurus Arsenal, Unai Emery, mengakui pasukannya perlu memperbaik­i masalah di benteng pertahanan selepas Charlie Austin menghukum satu kesilapan penjaga gol Bernd Leno untuk menjaringk­an gol kemenangan 3-2 Southampto­n.

Austin menamatkan perlawanan menarik dengan gol kemenangan lima minit sebelum tamat permainan selepas Leno gagal menjangka umpanan jauh Shane Long. Southampto­n mendahului dua kali menerusi dua gol Danny Ings tetapi dua gol Henrikh Mkhitaryan juga mengikat kedudukan buat Arsenal.

Dan kesilapan Leno memberikan Arsenal kekalahan pertama mereka dari 15 perlawanan liga dan menamatkan rekod tanpa kalah paling lama dalam semua pertanding­an sejak 2007.

Arsenal belum tewas sejak kalah 2- 3 di Chelsea pada bulan Ogos dan kekal a h a n pertama s e j a k s e k i a n lama menyebabka­n mereka kini empat mata di belakang Chelsea, yang mengukuhka­n kedudukan di tangga keempat selepas menewaskan Brighton 2-1.

Mengakui Arsenal perlu memperbaik­i benteng pertahanan, Emery berkata: “kam belum bolos banyak peluang tetapi hari ini kami bolos tiga gol. Ia sangat banyak, jadi kam perlu memperbaik­inya.”

Chelsea menamatkan berita buruk tentang tingkah laku buruk penyokong mereka dengan menewaskan Brighton di gelanggang lawan.

Eden Hazard mengumpan bola kepada Pedro untuk membuka jaringan sebelum beliau menambah jaringan untuk gol kesembilan musim

ini. Solly March memastikan penamat mendebarka­n buat Chelsea apabila merapatkan kedudukan untuk Brighton tetap Chelsea berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? TANDUKAN MUDAH: Austin (kanan) menanduk masuk gol kemenangan Southampto­n ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Arsenal di Stadium St Mary pada Ahad lepas. PRESTASI HE BAT: Shaqir ceria selepas menjaringk­an gol ketiga Liv erpool pada perlawanan d Anfield, Liver pool kelmarin
— Gambar AFP — Gambar AFP TANDUKAN MUDAH: Austin (kanan) menanduk masuk gol kemenangan Southampto­n ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Arsenal di Stadium St Mary pada Ahad lepas. PRESTASI HE BAT: Shaqir ceria selepas menjaringk­an gol ketiga Liv erpool pada perlawanan d Anfield, Liver pool kelmarin
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia