Utusan Borneo (Sarawak)

Sarri yakin Hazard boleh menyerlah di posisi ‘penyerang palsu’

-

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri menegaskan Eden Hazard boleh menyerlah dalam posisi ‘ penyerang palsu’ selepas pemain sayap antarabang­sa Belgium itu membantu Chelsea menang 2-1 di Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Chelsea mengukuhka­n kedudukan di tangga keempat liga selepas aksi cemerlang dan walaupun Hazard memulakan musim dengan bermain di posisi sayap serangan untuk Chelsea dan memenangi anugerah Pemain Terbaik Liga Bulan September.

Tetapi beliau sudah dipindahka­n ke posisi penyerang tengah oleh Sarri ketika beliau cuba mencari satu penyelesai­an bagi kekurangan ketajaman di jentera seranganny­a.

Dengan Alvaro Morata dan Olivier Giroud bergelut menjaringk­an gol apabila mengetuai serangan Chelsea musim ini.

Dan ketika Hazard kadangkada­ng kelihatan tidak selesa dengan posisi baharunya, beliau masih sukar dikawal oleh Brighton dengan umpanan kepada gol pembukaan Pedro dan penyudah cantik untuk gol kedua sebelum rehat.

Hanya terjahan keras Dale Stephens memperlaha­nkan pergerakan Hazard tetapi Sarri menjangkak­an beliau cergas untuk menentang Bournemout­h pada perlawanan suku akhir Piala Liga Inggeris Rabu ini.

Ditanya jika Hazard akan terus bermain di posisi penyerang palsu itu, Sarri berkata: “Saya fikir bagi kami, beliau boleh begitu penting dalam posisi ini.

“Beliau dapat berganding­an dengan rakan sepasukan, dapat mencipta ruang dan saya fikir dalam posisi ini, beliau harus meningkat lagi prestasi dalam kotak penalti.”

Pengurus Brighton, Chris Hughton, mengakui Hazard sudah cukup bahaya kepada kebanyakan pasukan, tidak kira di mana posisi beliau dalam padang.

“Sangat sukar untuk dihalang. Beliau pemain kelas dunia,” kata Hughton.

“Apabila anda mempunyai pemain seperti ini, ia sangat sukar untuk menutup ruang. Anda harus melakukann­ya secara berpasukan dan kami berjaya mengawal mereka dengan lebih baik dalam separuh masa kedua.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia