Utusan Borneo (Sarawak)

Hatrik Messi kembalikan kelebihan tiga mata buat Barca

-

Lionel Messi meneruskan rentak cemerlang dengan menjaringk­an hatrik kali ke-31 beliau dalam La Liga Sepanyol ketika Barcelona membelasah Levante 5-0, sekali gus merampas kembali kelebihan tiga mata di tangga teratas liga Ahad lepas.

Penyerang antarabang­sa Argentina itu tiba di Valencia selepas menjaringk­an dua tendangan percuma ketika menewaskan Espanyol minggu lepas. Beliau kini menjaringk­an 20 gol setakat musim ini selepas aksi cemerlang selain turut mengumpan bola kepada Luis Suarez untuk gol pembukaan pada minit ke-35 dan gol kelima kelab yang dijaringka­n Gerard Pique.

Barca berasa dalam tekanan selepas Atletico Madrid dan pasukan di tangga kedua, Sevilla, berkongsi mata dengan mereka sehari sebelum perlawanan.

Tetapi selepas merehatkan pemain utama untuk perlawanan Liga Juara-Juara menen- tang Tottenham pada pertengaha­n minggu, jurulatih Barca, Ernesto Valverde menyaksika­n pasukannya mencipta kemenangan liga ketiga berturuttu­rut tanpa bolos.

“Pada awalnya, ia sukar, mereka mengekang asakan kami dan mempunyai satu peluang yang terkena palang,” kata Valverde.

Levante memulakan permainan dengan memberangs­angkan dan penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen bertindak tangkas menepis cubaan Emmanuel Boateng.

Namun Barca tidak menunggu lama untuk mula mengawal permainan dengan rembatan Messi sedikit tersasar sebelum sekali lagi menguji penjaga gol Oier Olazabal dari satu tendangan percuma.

Tidak lama selepas rembatan Boateng terkena palang, Barca membuka jaringan apabila Messi mengelecek melepasi pertahanan Levante sebelum mengumpan bola kepada Suarez untuk merembat ke pintu gol.

Tetapi Levante, yang menamatkan impian Barca untuk mengharung­i satu musim tanpa kalah ketika muncul juara apabila menang 5-4 pada perlawanan kedua terakhir musim, hampir mengikat kedudukan dalam masa yang singkat tetapi rembatan Jose Luis Morales melambung tinggi.

Namun segala impian Levante terkubur apabila Messi menjaringk­an gol kedua pasukannya, dua minit sebelum rehat.

“Saya berasa gembira untuk menang di sini kerana musim lepas, kami datang dan mereka menjaringk­an lima gol, jadi kami tahu ancaman diberikan oleh mereka,” tambah Valverde.

Messi menjaringk­an gol kedua peribadi pada minit ke-47 dari satu umpanan Jordi Alba sebelum melengkapk­an hatrik beberapa minit kemudian.

Messi sudah menjaringk­an lima gol dari dua perlawanan liga sejak berada di tempat ke- lima pemilihan anugerah Ballon d’Or awal bulan ini.

Pique melengkapk­an jaringan untuk Barca pada mini ke-88.

Pada perlawanan lain, Sevilla merampas kembali tangga kedua liga selepas menewaskan Girona 2-0 dan skuad kendalian Pablo Machin itu belum tewas dalam tujuh perlawanan liga sejak tewas 2-4 di Barca pada bulan Oktober.

Villarreal terus bergelut dengan masalah apabila ser 2-2 di kelab tercorot, Huesca dan hanya mengutip satu mata dan satu anak tangga di atas zon penyingkir­an.

Real Betis mengurangk­an kebimbanga­n penyingkir­an apabila menewaskan Espanyo 3-1 untuk naik ke tangga kelima liga selepas mencipta kemenangan liga ketiga berturut-turut.

Espanyol, yang mendahulu tangga liga di awal musim, kin sudah tewas lima perlawanan berturut-turut untuk jatuh ke kelompok bawah pertengaha­n liga. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia