Utusan Borneo (Sarawak)

Di Francesco tarik nafas lega, Napoli terus ‘tekan’ Juventus

-

AS Roma bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Genoa 3-2, sekali gus melegakan jurulatihn­ya, Eusebio Di Francesco dalam aksi Serie A Itali di Stadio Olimpico Ahad lepas walaupun dengan kesilapan penjaga gol Robin Olsen.

Ia menamatkan lima perlawanan tanpa menang Roma sejak menang 4- 1 ke atas Sampdoria pada 11 November dan melonjak pasukan ke tangga keenam liga – dua mata di belakang AC Milan yang menduduki slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Napoli menewaskan Cagliari 1- 0 pada perlawanan awal untuk merapatkan jurang ketinggala­n lapan mata di belakang pendahulu liga, Juventus, yang menewaskan Torino 1-0 pada perlawanan hari Sabtu.

Roma bermula buruk dengan ketegangan di kalangan 29,000 penonton yang melan- carkan tunjuk perasaan senyap pada 10 minit pertama untuk membantah pengurusan dan strategi perpindaha­n kelab.

“Saya mahu mengucapka­n tahniah kepada pemain dengan cara mereka bermain ketika dalam situasi sukar,” kata Di Francesco.

“Pasukan ini masih sakit tetapi saya melihat maruah dan keazaman untuk membawa pulang tiga mata penuh.”

Pasukan tuan rumah ketinggala­n selepas Olsen membiarkan bola bolos dari celah kakinya dan membolehka­n penyerang Krzysztof Piatek merembat bola pada minit ke-17.

Tetapi gol Federico Pazio dan Justin Kluivert membolehka­n Roma mengikat kedudukan dua kali sebelum Bryan Cristante menjaringk­an gol kemenangan.

Di Francesco dilaporkan akan dipecat jika pasukannya gagal menewaskan pasukan Genoa yang berada di tangga ke-16 liga.

Cabaran Roma seterusnya lebih sukar di mana mereka bertandang ke juara bertahan, Juventus, yang masih belum tewas dari 16 perlawanan.

Pada perlawanan awal, Arkadiusz Milik menjaringk­an gol tunggal perlawanan dari satu tendangan percuma minit akhir untuk mengekalka­n kedudukan Napoli lapan mata di belakang Juventus.

Milik mempunyai peluang membuka jaringan lebih awal pada minit ke-68 tetapi tandukanny­a terkena palang.

“Selepas kekalahan kepada Liverpool, pemain bangkit seperti yang saya harapkan,” kata Ancelotti ketika merujuk kekalahan kepada Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu, sekali gus menyebabka­n Napoli tersingkir dari Liga Juara-Juara. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERANG: Reaksi Di Francesco (kiri) ketika menyaksika­n pemainnya beraksi pada perlawanan Serie A Itali menentang Genoa di Stadium Olimpik, Rom Ahad lepas.
— Gambar AFP BERANG: Reaksi Di Francesco (kiri) ketika menyaksika­n pemainnya beraksi pada perlawanan Serie A Itali menentang Genoa di Stadium Olimpik, Rom Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia