Utusan Borneo (Sarawak)

KHM tidak risau ranking jatuh satu tangga

Skuad hoki negara berada di kedudukan ke-13 dunia ekoran aksi hambar pada Piala Dunia 2018 di India

-

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara menutup musim 2018 dengan berada di kedudukan ke-13 dunia, turun satu anak tangga dalam ranking Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH), susulan prestasi mengecewak­an pada Piala Dunia 2018 di Bhubanesva­r, India.

Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, bagaimanap­un tidak bimbang dengan kedudukan terbaharu skuad negara yang diberi jolokan ‘The Speedy Tigers’ itu.

“Ranking hanya angka. Saya tidak risau sebab jika New Zealand berada di ranking kelapan dunia pun kita boleh kalahkan, tidak mustahil kita boleh lakukan perkara sama terhadap pasukan lain. Hanya Pakistan kita selalu ada persaingan.

“Berdasarka­n statistik pada Piala Dunia, kita beraksi dengan baik tetapi kita tidak dapat jaringkan banyak gol. Bagi saya, ini semua normal dan kita sudah layak ke Piala Dunia, tetapi sekarang apa yang penting kita fokus pula kepada kelayakan Sukan Olimpik 2020 di Jepun.

“Kita hanya mempunyai masa kira-kira empat bulan dan saya sudah mengadakan perbincang­an dengan pasukan apa perlu dilakukan selepas ini,” katanya kepada media selepas majlis penghargaa­n kepada pasukan hoki lima sebelah negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Ar-

Ranking hanya angka. Saya tidak risau sebab jika New Zealand berada di ranking kelapan dunia pun kita boleh kalahkan, tidak mustahil kita boleh lakukan perkara sama terhadap pasukan lain. Hanya Pakistan kita selalu ada

” persaingan.

Datuk Seri Subahan Kamal

Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia

gentina, Oktober lepas.

Pada Piala Dunia 2018, Malaysia yang berada di ranking ke-12 dunia terpaksa pulang awal daripada kejohanan melibatkan 16 pasukan itu yang berlangsun­g di Stadium Kalinga, selepas menduduki tempat ke-15.

Malaysia gagal meloloskan diri ke pusingan kalah mati selepas menduduki tempat tercorot dalam Kumpulan D berikutan kekalahan 0-7 kepada pasukan di kedudukan keempat dunia, Belanda dan seri 1-1 berdepan Pakistan (ranking ke-13) serta tewas 3-5 di tangan Jerman (ranking ke-6).

Dalam pada itu, Subahan yakin skuad hoki negara mampu melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020, namun jika Malaysia gagal menempah tiket ke temasya sukan berkenaan, beliau akan bertanggun­gjawab dan meletak jawatan sebagai presiden KHM.

“Mengenai rombakan barisan kejurulati­han dan pemain saya tidak boleh jawab, tapi yang pasti jika Malaysia gagal ke Sukan Olimpik ( 2020), presiden kena rombak sebab saya sudah cakap saya akan letak jawatan. Bagi saya, jawatan presiden ini bukan untuk diri sendiri, sebaliknya demi negara tercinta.

“Setiap presiden ada cara tersendiri. Saya seorang yang fokus dan bercita-cita, saya tahu apa saya buat. Saya akan mengambil tanggungja­wab kerana empat tahun masa cukup lama untuk presiden bentuk sebuah pasukan,” katanya.

Malaysia dijangka memulakan aksi musim 2019 dengan menyertai Piala Sultan Azlan Shah pada Mac, sebelum menghadapi perlawanan seterusnya dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik dan Pusingan Akhir Siri Dunia menentang Austria, Kanada, Itali, Wales Vanuatu, China dan Brazi pada April.

Tuan rumah, Malaysia perlu berada di kedudukan dua teratas untuk mara ke fasa akhir dalam aksi kelayakan melibatkan dua perlawanan ‘play-off’ pada Oktober dan November bagi mengesahka­n tempat pada Sukan Olimpik 2020. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Subahan (empat kanan) dan Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Omar Sidek (empat kiri) beramah mesra bersama pemain hoki remaja negara pada majlis penghargaa­n pemenang pingat emas pasukan 5S (L) Sukan Olimpik Remaja 2018, Buenos Aires, Argentina di Kompleks Sukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Subahan (empat kanan) dan Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Omar Sidek (empat kiri) beramah mesra bersama pemain hoki remaja negara pada majlis penghargaa­n pemenang pingat emas pasukan 5S (L) Sukan Olimpik Remaja 2018, Buenos Aires, Argentina di Kompleks Sukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam.
 ??  ?? UNTUK AMAL: Wong (dua kiri) menyampaik­an cek sumbangan penganjur kepada Presiden Persatuan Orang Pekak Wilayah Utara, Mary Law sambil disaksikan (dari tiga kiri ) Lee, Law dan yang lain.
UNTUK AMAL: Wong (dua kiri) menyampaik­an cek sumbangan penganjur kepada Presiden Persatuan Orang Pekak Wilayah Utara, Mary Law sambil disaksikan (dari tiga kiri ) Lee, Law dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia