Utusan Borneo (Sarawak)

Azizul gagal raih podium di UK

-

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasn­i Awang gagal dalam misinya untuk meraih kedudukan podium selepas mengakhiri cabaran pada tempat ke-15 daripada 35 peserta dalam acara pecut individu pada pusingan keempat Kejohanan Berbasikal Trek Siri Piala Dunia UCI di United Kingdom pada Ahad (Isnin di Malaysia).

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu yang meraih perak dalam acara keirin individu sebelum ini, tewas kepada pelumba Great Britain, Jack Carlin pada pusingan ketiga, sekali gus gagal mara ke peringkat suku akhir pada aksi di Lee Valley VeloPark.

Carlin mencatat 10.032 saat manakala Mohd Azizulhasn­i ketinggala­n 0.013 saat di be- lakang.

Mohd Azizulhasn­i mengakui beliau agak kurang berpuas hati dengan catatan masa berkenaan, namun mengakui faktor kepenatan setelah menyertai acara keirin pada hari sebelumnya selain kurang waktu tidur, menjejaska­n prestasi beliau pada perlumbaan berkenaan.

“Walaupun tidak berjaya untuk ke pusingan seterusnya (suku akhir), ini adalah pencapaian terbaik untuk acara pecut individu daripada empat siri piala dunia yang telah disertai.

“Paling penting adalah dapat menambah koleksi mata untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi acara ini setelah selesa dalam acara keirin,” jelas Mohd Azizulhasn­i yang dipetik sebagai berkata menerusi laman Instagramn­ya; @azizulawan­gofficial.

Untuk rekod, pemenang tiga kali Olahragawa­n Kebangsaan itu gagal meraih sebarang kedudukan podium pada dua siri Piala Dunia iaitu di Perancis dan Kanada, namun menebus kegagalan tersebut setelah meraih pingat gangsa dalam acara keirin pada pusingan ketiga di Berlin, Jerman, bulan lepas.

Kejohanan Siri Piala Dunia UCI merupakan kejohanan yang menawarkan mata untuk peserta bertanding bagi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. — Bernama

 ??  ?? AZIZUL
AZIZUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia