Utusan Borneo (Sarawak)

Jironi, Jacyntha juara ‘ The Christmas Golf Course Run 2018’

-

Acara larian amal, ‘The Christmas Golf Course Run 2018’ yang berlangsun­g kelmarin menyaksika­n Mohd Jironi Riduan dan Jacyntha Thian masing-masing muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita terbuka.

Larian amal berlangsun­g di Eastwood Valley Golf and Country Club itu dianjurkan Bahagian Belia Persatuan Cina Miri dan kutipan hasil daripada larian itu kemudianny­a disalurkan ke Pusat Dialisis Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri dan Persatuan Orang Pekak Utara Sarawak.

Sementara itu, tempat kedua dalam kategori lelaki terbuka dimenangi Cleveron Ronan Ho manakala Azamaain Gember menduduki tempat ketiga.

Tempat kedua kategori wanita terbuka dimenangi Voon Chin Lee manakala tempat ketiga jatuh kepada Lee Siew Shien.

Dalam kategori lelaki veteran, juara jatuh kepada Liew Joon Kien, diikuti Hii Lik Nguong di tempat kedua dan Chin Ming Foo di tempat ketiga.

Manakala Cecilia Maksimon muncul juara dalam kategori wanita veteran sambil Qiu Ying memenangi tempat kedua diikuti Sim Swee Ha di tempat ketiga. Untuk kategori keluarga-budak lelaki, juara ialah pasangan Robin Wan Matthew dan Celestial Reyes Ho.

Tempat kedua dimenangi kepada Yew Kok Wing berpasanga­n dengan Julizu Ivan manakala Joseph Sia dan Ronan Ho memenangi tempat ketiga.

Juara kategori keluargaka­nak-kanak perempuan dimenangi pasangan Tang Swee Ming dan Shanice Tang sambil Chia Siang Hui dan Tone Lau Ngin menduduki tempat kedua diikuti pasangan Daniel Kong dan Natalie Kong di tempat ketiga.

Pelancaran larian amal tersebut disempurna­kan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Dalam ucapannya, Ahl Dewan Undangan Neger (ADUN) itu memuji cawangan belia Persatuan Cina Miri kerana melakukan acara kebajikan seumpama itu dan menggesa pertubuhan lain mengikut jejak langkah mereka.

Pada majlis sama, beliau turut mengagihka­n peruntukan RM5,000 kepada penganjur.

Turut hadir ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Penasihat Persatuan Cina Miri Dato Sri Law Kiu Kiong, Kapitan Ngieng Hok Diing, Kapitan Chai Kuen Ming, Presiden Persatuan Cina Miri Albert Tiong serta pengerusi penganjur dan Presiden Persatuan Belia Cina Miri, Coffey Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia