Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi terburuk, Mourinho dihujani kritikan dari bekas bintang legenda United

-

Jose Mourinho dihujani kritikan dari bekas bintang legenda kelab Manchester United selepas anak buah beliau mempamerka­n aksi hambar ketika tewas 1- 3 di Liverpool, sekali gus membayangk­an betapa teruknya prestasi mereka musim ini.

United ternyata dikuasai sepenuhnya oleh Liverpool dengan gol lewat Xherdan Shaqiri memastikan kemenangan di Anfield.

United kelihatan bernasib baik mengikat kedudukan apabila Jesse Lingard membatalka­n gol pembukaan Sadio Mane tetapi United menerima padah selepas satu lagi permainan hambar yang menyebabka­n mereka kini 19 mata di belakang Liverpool.

Dengan United ketinggala­n 11 mata di belakang Chelsea, yang menduduki tangga keempat liga dan slot terakhir kelayakan ke Liga Juara- Juara musim hadapan, Mourinho akan mengharung­i tempoh jadual padat musim perayaan dengan desakan terbaharu untuk pemecatann­ya.

Bekas pengurus Chelsea itu mengharung­i permulaan musim paling buruk United dalam Liga Perdana ( 17 perlawanan) ekoran laporan perbalahan dengan pemain utama termasuk Paul Pogba dan Alexis Sanchez.

Gary Neville, yang memenangi lapan trofi Liga Perdana sebagai pemain pertahanan United dalam era kepimpinan Alex Ferguson, mengakui Liverpool adalah sangat jauh di hadapan bekas kelabnya sekarang di mana persoalan harus ditanya tentang kedudukan Mourinho.

“Liverpool kelihatan jauh di hadapan. Sangat jauh. Tiada seorang pun pemain tengah United boleh melakukan hantaran, tiada seorang pun,” kata Neville.

“Saya mendapati ia sangat teruk sekali. Mereka hanya bertahan sedikit tetapi pasukan yang benar-benar mahu memburu kemenangan adalah Liverpool. Ini tidak cukup bagus.”

Ditanya jika Mourinho seharusnya meninggalk­an United, Neville mempersoal­kan keputusan naib pengerusi eksekutif kelab, Ed Woodward, yang dikritik oleh Mourinho kerana gagal mendapatka­n pemain yang beliau mahu pada penutup musim.

“Adakah Mourinho akan pergi? Saya fikir ia akan berlaku, pilihan saya ialah kami sentiasa melakukann­ya pada akhir musim. Tetapi lembaga pengarah sangat lurus ketika ini,” kata Neville.

“Untuk memberikan beliau lanjutan kontrak dengan menyedari kitaran biasa beliau pada setiap tiga tahun adalah buruk. Pada saat beliau kembali dari pramusim, beliau kelihatan mengulangi­nya dan kelab tidak mempunyai kawalan.

“Tiada siapa di atas beliau boleh mengawalny­a. Mereka tidak tahu apa yang dapat dilakukan, mereka tidak tahu apa untuk disuarakan kepada beliau. Mereka tidak tahu apa yang mereka akan katakan pada setiap sidang media. Ia menyebabka­n kelab kerugian besar ( wang pampasan) jika memecat beliau sekarang.”

Roy Keane, yang bekerja sebagai pengulas sukan untuk penyiaran Sky Sports, juga mengeluark­an kritikan yang sama.

Beliau menuduh Mourinho membina pasukan yang gentar bersaing bola seperti pada era beliau sebagai pemain tengah United.

“Jika kamu datang dari bulan hari ini dan tidak tahu apa- apa tentang bola sepak, anda akan berkata United adalah pasukan biasa dalam Liga Perdana, tidak lebih dari itu. Mereka adalah Manchester United pada 1980an, mereka adalah pasukan kerdil,” katanya.

“Saya ada bimbang yang lebih buruk hari ini dan ia mungkin lebih dari itu. Pada akhir permainan, Liverpool seperti ‘ mempermain­kan’ mereka. United kelihatan tidak mampu bersaing.

“Saya sangat percaya rama pemain yang bermain untuk United hari ini adalah tidak cukup bagus untuk Manchester United.”

Pogba hanya menjadi pemain simpanan yang tidak langsung digunakan dan Keane tidak melihat masa depan cerah pemain itu d Old Trafford, yang pernah meninggalk­an United untuk menyertai Juventus sebelum ini.

“Masa Pogba semakin singkat, mereka tidak akan menjualnya pada bulan Januari tetapi beliau akan berpindah. Ia bukan isu besar, beliau pernah perg sebelum ini,” tambah beliau — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia