Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian Mohd Hafiz satu kehilangan buat sukan permotoran negara

-

Pemergian pelumba Cub Prix, Mohd Hafiz Nor Azman disifatkan satu kehilangan buat sukan permotoran Malaysia, kata bekas jaguh lumba motor negara, Wazi Abdul Hamid.

Beliau berkata Mohd. Hafiz, 22, bukan sahaja berpotensi menjadi ikon kepada golongan belia malah dapat membantu mengembang­kan lagi sukan berkenaan di tanah air.

“Untuk menghasilk­an seorang pelumba muda yang boleh menjadi ikon membantu pihak berkuasa membendung ( lumba haram) bukan mudah.

“Apa yang jadi ini bukan sahaja kehilangan bintang tetapi anak muda yang ada visi sendiri. Beliau melan- jutkan pelajaran di politeknik, dia terpelajar mungkin selepas ini semua pihak boleh fikirkan bagaimana nak bantu lebih ramai lagi anak muda di luar sana,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman arwah di Simpang Pulai di sini semalam.

Dalam pada itu, Wazi mengharapk­an pihak berkaitan dengan perlumbaan dapat membuat satu kajian menyeluruh agar insiden kemalangan sedemikian tidak berulang.

“Berdasarka­n pengalaman saya, boleh dibuat satu kajian menyeluruh bagaimana insiden ini berlaku dan ini melibatkan semua pihak bukan sahaja penganjur malah pelumba- pelumba supaya perkara sama tidak berlaku di masa hadapan.

“Ada beberapa kemungkina­n yang perlu diperhalus­i, diharapkan mereka yang pakar dalam bidang ini dapat menyampaik­annya,” katanya.

Jelas Wazi, jika perkara itu tidak ditangani ia akan menyukarka­n pihak berkuasa mempromosi­kan sukan perlumbaan yang selamat.

Mohd. Hafiz merupakan pelumba Cub Prix daripada Petronas Sprinta- Yamaha CKJ Racing kategori CP150 maut selepas terbabit dalam kemalangan pada perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Penawar di Johor, petang kelmarin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AL-FATIHAH: Sebahagian anggota keluarga dan rakan-rakan mengaminka­n bacaan doa setelah jenazah Allahyarha­m Mohd Hafiz selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai semalam.
— Gambar Bernama AL-FATIHAH: Sebahagian anggota keluarga dan rakan-rakan mengaminka­n bacaan doa setelah jenazah Allahyarha­m Mohd Hafiz selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia