Utusan Borneo (Sarawak)

FAM beri bayangan positif status kontrak Cheng Hoe

-

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan positif mengenai kedudukan Tan Cheng Hoe selaku Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, selepas ini.

Mohd Yusoff yang juga pengurus pasukan kebangsaan berkata secara dasarnya Cheng Hoe melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan dengan membimbing pasukan kebangsaan mara ke fina Piala AFF Suzuki 2018.

Kontrak pengendali skuad Harimau Malaya itu akan berakhir 31 Dis ini.

“Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan memutuskan kedudukann­ya (Cheng Hoe) selepas ini. Mesyuarat itu dijangka diadakan pada awa Januari depan.

“Pihak jawatankua­sa tetap akan menilai keseluruha­n perlawanan dibawa Tan Cheng Hoe. Selain itu, kita akan membincang­kan perkara perlu ditambah baik mengena prestasi skuad kebangsaan.

“Bukan soal kontrak sambung atau tidak, paling penting adalah memperbaik­i kelemahan pasukan kebangsaan,” katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Hanoi d Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kelmarin.

Kira-kira 300 penyokong hadir memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan di KLIA lewat petang kelmarin.

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata sokongan pemina bola sepak tempatan kali in sangat luar biasa walaupun pasukan negara tidak dapat menjulang Piala AFF Suzuk 2018.

“Saya percaya penyokong datang kerana mengharga permainan ditunjukka­n pasukan kebangsaan. Walaupun kalah, pemain telah bermatimat­ian untuk memenang perlawanan namun nasib tidak menyebelah­i mereka,” katanya.

Harapan Malaysia untuk menamatkan kemarau lapan tahun menjulang Piala AFF Suzuki tidak kesampaian setelah kalah tipis 0-1 kepada Vietnam pada aksi final kedua di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, malam Sabtu lalu.

Keputusan itu menyaksika­n Vietnam muncul juara buat kali kedua selepas 2008 menerusi keputusan agregat 3-2, dan sekali gus meranapkan impian Malaysia meraih kejuaraan kedua selepas edis 2010. — Bernama

 ??  ?? BERMULA: Lu (dua kiri) melepaskan peserta larian seawal jam 6.30 pagi kelmarin.
BERMULA: Lu (dua kiri) melepaskan peserta larian seawal jam 6.30 pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia