Utusan Borneo (Sarawak)

Lima peserta mewakili Sarawak ke Grand Finale Klinik Cub Prix

-

Lima peserta mewakili Sarawak ke Grand Finale Klinik Cub Prix Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) yang dijadualka­n berlangsun­g 21 hingga 23 Disember ini.

Pegawai Belia dan Sukan Miri, Mohamad Mazlan Anis berkata kelima-lima peserta itu dipilih selepas menunjukka­n aksi konsisten sepanjang siri pemilihan.

Mereka ialah Khamirudin Abdul Kadir, Abang Muhamad Zufayri Abang Sapawi, Mohd Najib Nazaruddin, Mohd Hakimie Hakim Rashid dan Mohd Arief Mohd Din.

Program itu adalah untuk mencungkil bakat-bakat di peringkat akar umbi bagi melahirkan ramai pelumba sukan bermotor dua roda di Malaysia.

Katanya, semua peserta terbabit menjalanka­n latihan intensif di litar Gokart Miri semalam dan berangkat ke Litar Lumba Tangkak Johor dalam masa terdekat.

Sementara itu, Mohd Najib Nazaruddin merupakan anak tempatan Miri turut diberi kepercayaa­n mewakili Sarawak pada Klinik Cub Prix KBS.

Ia sekali gus memberi lebih banyak ruang kepada anakanak tempatan aktif dalam dunia permotoran roda dua menguji keupayaan masingmasi­ng ke peringkat lebih tinggi.

KBS dan Kejuaraan Cub Prix bekerjasam­a dalam program pencarian bakatbakat pelumba seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak melalui Klinik Cub Prix KBS.

Program itu berlangsun­g di 22 venue seluruh negara dengan mengilap bakatbakat baharu dan dibawa ke pentas perlawanan sebenar selepas diberi latihan daripada pakar.

Pelumba terbaik di setiap lokasi Klinik Cub Prix KBS akan dibawa ke sesi pemilihan dan perlumbaan khas pada Disember nanti di Litar Lumba Tangkak, Johor.

Pelumba yang terpilih kemudianny­a diserapkan pada perlumbaan Satu Pengeluar Honda dan Yamaha Cub Prix untuk musim 2019.

 ??  ?? KE JOHOR: Lima pelumba tempatan Sarawak akan ke Tangkak, Johor bagi menghadapi Grand Finale Klinik Cub Prix pada 21 hingga 23 Disember ini.
KE JOHOR: Lima pelumba tempatan Sarawak akan ke Tangkak, Johor bagi menghadapi Grand Finale Klinik Cub Prix pada 21 hingga 23 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia