Utusan Borneo (Sarawak)

560 peserta sertai ‘UCTS Run 2018’

-

‘UCTS Run 2018’anjuran Universiti Kolej Teknologi Sarawak ( UCTS) mendapat sambutan menggalakk­an apabila seramai 560 peserta mengambil bahagian dalam acara itu kelmarin.

Golongan belia, pelajar sekolah, warga UCTS dan orang awam antara yang mengambil bahagian dalam acara memasuki edisi kelima tahun ini.

Sebanyak tiga kategori dipertandi­ngkan pada acara ini iaitu kategori terbuka lelaki (10km), terbuka wanita (10km) dan fun run lelaki dan wanita (5km).

Upacara pelepasan jam 6.15 pagi setiap kategori disempurna­kan bersama oleh Pengurus Kanan UCTS (Korporat dan Pemasaran), Lu Yew King dan Penasihat Jawatankua­sa UCTS Run 2018, Saiful Norahim.

UCTS Run bertujuan menggalakk­an gaya hidup sihat kalangan rakyat Sibu dan pada masa sama mengumpul derma dan dana diagihkan kepada kebajikan pelajar UCTS dan Pusat Agape Sibu.

Sementara itu, Husnan Hasing muncul juara kategori terbuka lelaki sambil diikuti Raymond Tiong dan Vincent Hong masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Untuk kategori terbuka wanita, Su Lian Tiing mendominas­i tempat pertama manakala Lee Leh Ha menamatkan larian di tempat kedua dan Wong Mee King sekadar berpuas hati di tempat ketiga.

Kategori fun run lelaki menyaksika­n Franklin Wee merangkul tempat pertama manakala Mohd Azhar dan Azwandi Jamali masingmasi­ng di tempat kedua dan ketiga.

Fun Run Wanita tempat pertama dimenangi Lau Kek Ying diikuti Ting Lin Lin (kedua) dan Yeo Leh Peng (ketiga).

Setiap pemenang tempat pertama hingga ketiga dalam kategori terbuka lelaki dan wanita membawa pulang hadiah wang tunai RM500 RM300 dan RM200 serta pingat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia