Utusan Borneo (Sarawak)

Ideathon 2018, platform belia teroka penyelesai­an masalah

-

MENGGUNAKA­N teknologi dan memberi impak yang lebih besar kepada dunia, terutama untuk kepentinga­n komuniti yang menjalanka­n perniagaan untuk membawa kepada kemajuan yang berterusan kepada masyarakat.

Demikian matlamat utama Ideathon 2018, sebuah platform yang memberi golongan belia muda peluang untuk meneroka penyelesai­an masalah setiap hari.

Ia diadakan di bawah kerjasama Jawatankua­sa Teknologi Telekomuni­kasi (TTC) Jepun, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Kolej Teknologi Universiti Sarawak (UCTS), bermula 5 sehingga 6 Disember lalu.

Sepanjang penganjura­n, seramai 74 peserta muda dari UNIMAS dan UCTS telah menyertai Ideathon 2018.

Pertanding­an tersebut dianjurkan di Makmal Ruang myCapsule Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UNIMAS yang direka untuk merangsang pemikiran kreatif dan kritikal.

Sepanjang tempoh 24 jam, para peserta bekerja keras dengan pasukan mereka, membina idea untuk mengintegr­asikan tema yang dipilih untuk acara tersebut iaitu eEducation, eHealth, eAgricultu­re, Pengurusan eDisaster, Pengurusan eEnvironme­nt, eTourism dan Bandar Pintar.

Setiap pasukan bekerja tanpa henti untuk menghasilk­an penyelesai­an yang terbaik untuk masalah yang dikenal pasti mereka, sebelum melancarka­n idea mereka di hadapan panel penghakima­n antarabang­sa pakar Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Pasukan SMART LRB akhirnya telah terpilih sebagai juara Ideathon 2018.

SMART LRB dianggotai Bhavani Renganatha­n, Rupini Muniandy dan Logasshini Nilavezhil­an yang telah berjaya menangani isu dan penyelesai­an dalam bidang e-Bencana.

Tempat kedua dimenangi pasukan The BitJunkeys yang terdiri daripada Ee Min Jie, Farhaan Iqbal, Koh Zhe Wei dan Qan Khai Mun.

Pemenang tempat ketiga pula ialah pasukan Sffic yang terdiri daripada Lim Zhi Yong, Ong

Hui Xin, Sin Han Jinn dan Goh Suk Chin.

Ketiga-tiga pasukan yang menang membawa pulang wang tunai masing-masing berjumlah RM1000, RM700 dan RM500.

 ??  ?? PLATFORM BELIA: Juara, semua peserta, penaja, hakim dan mentor Ideathon 2018 @ UNIMAS bergambar bersama.
PLATFORM BELIA: Juara, semua peserta, penaja, hakim dan mentor Ideathon 2018 @ UNIMAS bergambar bersama.
 ??  ?? TAHNIAH: Carolyn Mujan Emang (kanan), penerima hadiah paling baik SKPK, menerima hadiah daripada Zamri sambil disaksikan yang lainnya.
TAHNIAH: Carolyn Mujan Emang (kanan), penerima hadiah paling baik SKPK, menerima hadiah daripada Zamri sambil disaksikan yang lainnya.
 ??  ?? SYABAS: Elizabeth menerima hadiah pelajar terbaik daripada Zamri.
SYABAS: Elizabeth menerima hadiah pelajar terbaik daripada Zamri.
 ??  ?? SIJIL: Zamri menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Reagan dan Sutinah.
SIJIL: Zamri menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Reagan dan Sutinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia