Utusan Borneo (Sarawak)

Filem baharu Spider-Man ungguli carta box office Amerika Utara

-

FILEM ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’ menjerat penontonpe­nonton Amerika Utara ke dalam jaringanny­a pada hujung minggu, dan ini memberikan­nya jualan tiket sebanyak AS$35.4 juta, menurut anggaran yang dikeluarka­n oleh pengesan industri Exhibitor Relations pada Ahad.

Animasi penuh aksi daripada Sony itu melihat Peter Parker memberi laluan kepada Miles Morales sebagai SpiderMan -- satu karakter Latino berkulit hitam yang baharu kepada pengunjung teater, tetapi bukan peminatpem­inat buku komik.

Spider-Man dalam dimensinya, Morales, disuarakan oleh Shameik Moore, bergabung tenaga dengan beberapa lagi Spidey dari dunia selari dalam usaha untuk menghentik­an satu ancaman yang mengancam kesemua mereka.

Di tempat kedua ialah filem jenayah Warner Bros, ‘The Mule’, yang memperoleh­i AS$17.2 juta. Filem yang diarah dan dibintangi sendiri oleh Clint Eastwood sebagai seorang melarat berumur 90 tahun yang menjadi keldai dadah dan merentasi Illinois untuk satu kartel dadah Mexico.

‘Dr. Seuss’ The Grinch’ jatuh satu tangga untuk menduduki tempat ketiga, mendapat AS$11.6 juta pada hujung minggu.

Benedict Cumberbatc­h meminjamka­n suara untuk watak tajuk yang berkomplot untuk mencuri Krismas.

Tempat keempat diduduki oleh ‘Ralph Breaks the Internet’, yang memperoleh­i AS$9.6 juta selepas meluangkan tiga minggu di atas carta box office. Filem animasi itu, satu susulan untuk filem ‘Wreck It Ralph’ pada 2012, telah memperoleh­i AS$154 juta dalam jualan tiket-tiket di Amerika Utara sejak ia ditayangka­n.

Di tempat kelima ialah yang filem baharu daripada Universal, ‘Mortal Engines’, yang hanya mencatat jualan tiket sebanyak AS$7.5 juta.

Filem cereka sains paska-apokalips itu melihat Hera Hilmar membintang­i sebagai satu-satunya orang yang dapat menghentik­an bandar raya London -- sekarang pemangsa beroda yang amat besar -- daripada menelan semua yang ada dalam laluannya.

Melengkapk­an 10 filem teratas pada hujung minggu adalah ‘Creed II’ (AS$5.4 juta), ‘Bohemian Rhapsody’ (AS$4.1 juta), ‘Instant Family’ (AS$3.7 juta), ‘Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwal­d’ (AS$3.7 juta), ‘Green Book’ (AS$2.8 juta). — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? WATAK UTAMA: Shameik Moore(kiri) dan Jake Johnson menghadiri pengalaman AR ‘Spider-Man: Into The Spider Verse’ pada 11 Disember lepas di New York City.
— Gambar AFP WATAK UTAMA: Shameik Moore(kiri) dan Jake Johnson menghadiri pengalaman AR ‘Spider-Man: Into The Spider Verse’ pada 11 Disember lepas di New York City.
 ?? — Gambar AFP ?? JUARA CARTA: Pelakon-pelakon (dari kiri) Luna Lauren Velez, Jake Johnson, Kathryn Hahn dan Shameik Moore menghadiri pengalaman AR ‘Spider-Man: Into The Spider Verse’ pada 11 Disember lepas di New York City. Filem ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’ berjaya menjerat penontonpe­nonton Amerika Utara ke dalam jaringanny­a pada hujung minggu.
— Gambar AFP JUARA CARTA: Pelakon-pelakon (dari kiri) Luna Lauren Velez, Jake Johnson, Kathryn Hahn dan Shameik Moore menghadiri pengalaman AR ‘Spider-Man: Into The Spider Verse’ pada 11 Disember lepas di New York City. Filem ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’ berjaya menjerat penontonpe­nonton Amerika Utara ke dalam jaringanny­a pada hujung minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia