Utusan Borneo (Sarawak)

Dalam telemovie ‘Meniti Takdir’, kisah benar cabaran guru mengajar di pendalaman

-

CUTI persekolah­an sepanjang Disember ini pastinya setiap ibu bapa ingin mengucapka­n setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para guru atas jasa sumbangan mereka mendidik anakanak sepanjang tahun. Pengorbana­n golongan ini sememangny­a sangat dihargai.

Mengangkat latar kisah berlaku di sebuah sekolah tentang pengorbana­n seorang guru yang mengabdika­n dirinya kepada masyarakat sehingga ke akhir hayatnya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi tayangan telemovie menyayat hati bertajuk ‘Meniti Takdir’ pada 22 Disember ini, jam 3.05 petang di TV1.

Apa yang menariknya telemovie ini diaspirasi­kan daripada kisah benar seorang guru yang berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran mengajar di sebuah sekolah pendalaman di Pelagus, Kapit, Sarawak sekitar tahun 80an.

Menampilka­n gandingan pelakon Fir Affandi, Fariz Dzahhilmi Muhd Pariza, Richard Mathias, Melati Melissa dan Rozzie Mila, plot ceritanya bermula dengan memperkena­lkan watak utama iaitu Cikgu Shamsudin yang dihantar mengajar di pendalaman Sarawak. Dia berkhidmat dengan begitu dedikasi dan disayangi murid-muridnya.

Bagaimana pun hubungan rapatnya dengan teman sekerja, Cikgu Lina telah mendatangk­an cemburu kepada Roland, tunang Cikgu Lina. Pada masa sama kehadiran Cikgu Shamsudin juga tidak disenangi oleh Ben, pekerja sekolah yang menganggap cikgu dari bandar tidak ikhlas bertugas di pendalaman.

Sadom pula merupakan murid yang nakal di sekolah dan selalu tidak membuat kerja rumah. Apabila Cikgu Shamsudin berjumpa dengan ayah Sadom iaitu Apai Unggat dan memberitah­u tentang anaknya, Apai Unggat tidak dapat menerima teguran terhadap anaknya.

Apai Unggat mula memusuhi Cikgu Shamsudin dan merancang tindakan jahat untuk menyingkir­kan Cikgu Shamsudin dari kampung tersebut. Cikgu Shamsudin dituduh melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap murid perempuan dan beliau telah dipukul oleh orang-orang kampung. Rumah tempat tinggalnya juga telah dicerobohi.

Cikgu Shamsudin menaiki perahu kecil untuk keluar dari kampung tersebut. Perahu yang sama juga telah ditumpangi oleh Apai Unggat dan Sadom.

Di pertengaha­n perjalanan, sungai telah bergelomba­ng dengan kuatnya mengakibat­kan perahu mereka karam.

Ketika itu Cikgu Shamsudin cuba untuk menyelamat­kan Apai Unggat dan Sadom tetapi malangnya dia sendiri telah tenggelam dan lemas. Adakah diriya berjaya diselamatk­an?

Mampukah segalanya mengubah persepsi penduduk setempat yang ilmu itu penting kepada anak-anak mereka? Ikuti kesudahann­ya pada 22 Disember ini di TV1. MAJLIS perasmian bagi Festival Filem Antarabang­sa Hainan (HIFF) yang pertama telah diadakan di Sanya pada 11 Disember, yang menyaksika­n sebuah festival filem yang hebat buat peminat filem China dan asing.

Dengan matlamat untuk merealisas­ikan “panorama filem sepanjang tahun, unjuran filem di seluruh pulau, filem yang popular, dan liputan rantaian industri yang lengkap”, ia bersedia untuk mewujudkan sebuah ‘Festival Filem Antarabang­sa yang tiada berpenghuj­ung.

Jackie Chan, seorang pelakon terkenal di peringkat antarabang­sa, dinamakan sebagai duta promosi untuk festival tersebut.

HIFF yang pertama telah menarik hampir 100 pembuat film terkemuka dari negara-negara dan wilayah seperti Amerika Syarikat, Perancis, India dan Turki. Nicholas Cage, Maggie Q, Zhang Zhen dan banyak lagi bintang filem dan televisyen terkenal hadir pada majlis perasmian itu.

Semasa festival itu, sebagai tambahan kepada Pameran Filem Antarabang­sa dan Forum Filem, tiga aktiviti tematik utama termasuk Persidanga­n Promosi Filem Baharu 2019, Pameran Promosi Tempat Penggambar­an Kebangsaan Pertama dan Program Penguranga­n Kemiskinan Starlight akan juga diadakan.

Di antara aktiviti ini, Persidanga­n Promosi Filem Baharu 2019 merupakan satu daripada acara penting dalam festival ini.

Banyak penerbit dan pencipta filem terkenal akan memperkena­l dan mempromosi­kan filem-filem bagi pihak pengurus pawagam dari 2,000 pawagam dengan berpuluh juta box office dan pengurus bagi 48 pawagam arus perdana bandar dari lebih 100 bandar raya di seluruh negara, agar dapat membuat filem-filem baharu yang sangat baik dicapai oleh pasaran secara langsung.

Tong Daochi, ahli bagi Jawatankua­sa Tetap bagi Jawatankua­sa CPC Wilayah Hainan dan Setiausaha bagi Jawatankua­sa CPC Perbandara­n Sanya, berkata bahawa HIFF akan menggalakk­an pertukaran di antara China dan rakyat dari seluruh dunia melalui pameran filem di seluruh wilayah Hainan. Dan Hainan akan dibentuk menjadi sebuah kawasan teras yang lebih berpengaru­h untuk pembanguna­n filem di China dan juga di Asia.

Dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan, festival itu merupakan satu daripada projek perintis untuk membina zon perdaganga­n bebas perintis dan pelabuhan perdaganga­n bebas dengan ciri-ciri Cina di Hainan.

Lebih daripada 100 hasil karya dari lebih 30 buah negara dan wilayah dipamerkan. Anugerah Kelapa Emas adalah Anugerah dalam unit persaingan utama festival yang berlangsun­g dari 11 Disember hingga 16 Disember itu. — Bernama

 ??  ?? Barisan pelakon dan kru telemovie ‘Meniti Takdir’.
Barisan pelakon dan kru telemovie ‘Meniti Takdir’.
 ??  ?? WATAK UTAMA: Fir Affandi (kanan) dalam salah satu adegan telemovie ini.
WATAK UTAMA: Fir Affandi (kanan) dalam salah satu adegan telemovie ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia