Utusan Borneo (Sarawak)

Arab Saudi tolak gesaan Senat AS berhubung kematian Khashoggi

Kecam tuduhan itu tidak berasas, mencampuri urusan dalam negaranya

-

RIYADH: Arab Saudi menolak gesaan Senat Amerika Syarikat (AS) yang barubaru ini mengundi untuk membahaska­n resolusi menamatkan sokongan Washington terhadap serangan negara Arab itu ke atas Yaman.

Menurut Xinhua, memetik Saudi Press Agency, resolusi yang dikemukaka­n Senat AS pada Khamis itu turut menuduh Putera Mahkota Mohammed bin Salman ter- libat dalam insiden kematian wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi.

Kementeria­n Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata tuduhan tidak berasas itu juga, turut mencampuri urusan dalam negara Arab Saudi selain mempersoal­kan peranan dimainkan negara itu.

Jelas kenyataan itu lagi pembunuhan Khashoggi adalah satu perbuatan kejam yang langsung tidak mencermink­an dasar kerajaan.

Sementara itu, Arab Saudi mengesahka­n komitmenny­a untuk terus meningkatk­an hubungan dengan AS.

Khashoggi hilang sejak kali terakhir dilihat memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

Pihak berkuasa Arab Saudi mengatakan Khashoggi terbunuh dalam “pergaduhan” di konsulat, dan menafikan putera mahkota Arab Saudi terbabit dalam pembunuhan itu.

Kongres AS mendesak siasatan menyeluruh terhadap kematian wartawan itu dan mengancam untuk mengambil tindakan lebih keras terhadap Arab Saudi seperti mengenakan sekatan dan menggantun­g sokongan ketenteraa­n di Yaman.

Bagaimanap­un, pentadbira­n Donald Trump enggan mengambil sebarang tindakan ke atas Arab Saudi. — Bernama

 ?? — Gambar SANA/AFP ?? SELAMAT DATANG: Gambar serahan Agensi Berita Arab Syria (SANA) pada Ahad menunjukka­n Assad (kiri) mengalu-alukan Bashir yang tiba di Damsyik, Syria.
— Gambar SANA/AFP SELAMAT DATANG: Gambar serahan Agensi Berita Arab Syria (SANA) pada Ahad menunjukka­n Assad (kiri) mengalu-alukan Bashir yang tiba di Damsyik, Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia