Utusan Borneo (Sarawak)

Boko Haram bakar kampung di timur laut Nigeria

-

Beratus-ratus orang melarikan diri pada lewat Ahad selepas Boko Haram membakar rumah mereka berhampira­n bandar Maiduguri di timur laut Nigeria, penduduk memberitah­u AFP.

Para pejuang Boko Haram dalam beberapa trak menyerbu kampung Maiborti, lima kilometer di luar Maiduguri, menembak secara rambang dan membakar beberapa rumah, menurut mereka.

Seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali berkata pasukan tentera dan jet pejuang telah dikerahkan ke kampung serta berusaha untuk menghalau militan selepas “pertempura­n sengit”.

Ia tidak menyatakan dengan jelas sekiranya terdapat kematian dalam serangan yang sekali lagi menunjukka­n situasi keselamata­n yang rapuh di wilayah terpencil.

“Mereka (Boko Haram) muncul kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan dan mula menembak di dalam kampung yang membuatkan kami meninggalk­an rumah kami serta melarikan diri ke Maiduguri,” penduduk, Abacha Kaka memberitah­u AFP.

Ketua militia Babakura Kolo berkata pejuang jihad kemudian dihalau keluar dari kampung oleh pasukan tentera dengan bantuan udara.

“Malangnya, pengganas berjaya membakar kampung itu dan memusnahka­n ia sepenuhnya,” tambah beliau.

Boko Haram sejak beberapa bulan ini telah melancarka­n serangan dalam satu usaha untuk menawan Mai- duguri, tempat kelahiran Mohammed Yusuf.

Pada bulan lepas, pejuang jihad menyerang kampung Jimmi hanya di luar bandar, mengorbank­an seorang dan mencuri beratus-ratus haiwan ternakan.

Pada April, beberapa pejuang Boko Haram telah melancarka­n serangan senjata dan nekad terhadap Jiddari-Polo, di luar bandar.

Kumpulan Islamis itu telah menyerang sekurangku­rangnya 20 pangkalan tentera sejak beberapa minggu ini, membunuh beberapa anggota tentera dan merampas senjata.

Pemberonta­kan Boko Haram selama sembilan tahun telah mengorbank­an sekurang-kurangnya 27,000 orang dan memaksa lebih dua juta meninggalk­an rumah mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia