Utusan Borneo (Sarawak)

Dituduh cabul ratusan wanita, dukun terkenal Brazil serah diri

-

“Dukun kerohanian” terkenal di Brazil, Joao de Deus, dituduh mencabul secara seksual beratus-ratus wanita di bawah dalih untuk merawat mereka, menyerah diri kepada pihak berkuasa pada Ahad, lapor media Brazil.

Satu waran tangkap telah dikeluarka­n pada Jumaat lepas bagi dukun berusia 76 tahun, yang nama sebenarnya adalah Joao Teixeira de Faria namun lebih dikenali sebagai “John of God”.

Selama beberapa tahun, dia menerima ribuan pengikut pada setiap minggu – termasuk beberapa selebriti – di kuilnya di pekan Abadiania, di wilayah Goias, berhampira­n bandar Brasilia.

Satu video telefon bimbit yang dirakamkan oleh seorang wartawan dan disiarkan dalam rangkaian berita Globo menunjukka­n Faria yang kelihatan letih melangkah keluar dari sebuah kereta di sebatang jalan yang tidak berturap sebelum menyerah diri kepada anggota polis yang menunggu.

Beberapa stesen televisyen kemudian menyiarkan babak secara langsung bagi ketibaanny­a dalam sebuah kenderaan polis dengan cermin yang berwarna gelap di balai polis di Goiania, bandar utama Goias.

Dalam video itu, Faria telah didengari menyatakan bahawa dia mengetahui tentang tuduhan terhadapny­a...“Saya menyerah diri kepada kehakiman abadi dan, seperti yang dijanjikan, saya sekarang meletakkan diri saya di tangan kehakiman duniawi.”

Peguamnya Alberto Toron memberitah­u wartawan bahawa dia akan mendapatka­n pembebasan Faria pada Isnin dan mengharapk­an Faria dibenarkan bagi penahanan di rumah.

Faria telah menegaskan dia tidak bersalah.

Namun pada Rabu lepas, menurut akhbar Globo, dia telah mengeluark­an 35 juta reais dari beberapa akaun bank.

Pengeluara­n besar yang mencurigak­an itu mendesak pihak berkuasa agar mengeluark­an waran tangkap pada Jumaat lepas bagi menghalang Faria meninggalk­an negara atau menyembuny­ikan wang, lapor media.

Skandal itu meletus selepas TV Globo, rangkaian televisyen terbesar di Brazil, menyiarkan satu laporan siasatan terhadap Faria, termasuk keterangan daripada wanita yang mendakwa dia telah memaksa mereka, semasa sesi “penyembuha­n”, untuk melakukan aksi seks terhadap dia.

Berikutan dari siaran tersebut, beratus- ratus wanita tampil dengan aduan yang sama.

Pejabat pendakwa raya di Goias menyatakan ia telah menerima 330 aduan dari semua bahagian di Brazil, termasuk dari Australia, Belgium, Bolivia, Jerman,

Switzerlan­d dan Amerika Syarikat.

Reputasi Faria telah melangkaui jauh dari Brazil. Bintang terkenal Oprah

Winfrey telah mengunjung­i dia pada 2012, dan tiga presiden Brazil yang terakhir telah mendapatka­n khidmat rundingan daripadany­a. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SERAH DIRI: Faria (kiri) tiba di balai polis sehari selepas secara rasmi dilabel sebagai pelarian dari undang-undang di Goiania, Brazil pada Ahad.
— Gambar Reuters SERAH DIRI: Faria (kiri) tiba di balai polis sehari selepas secara rasmi dilabel sebagai pelarian dari undang-undang di Goiania, Brazil pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia