Utusan Borneo (Sarawak)

Duta Kanada bertemu rakyat kedua ditahan di China

-

Duta Kanada ke Beijing telah bertemu dengan rakyat Kanada yang kedua ditahan di China kerana disyaki mengancam keselamata­n negara, menurut kementeria­n luar negara Kanada pada Ahad.

Pihak kementeria­n menyatakan Duta John McCallum telah menemui Michael Spavor, seorang perunding perniagaan, dua hari selepas menemui seorang lagi rakyat Kanada yang ditahan, Michael Kovrig, seorang kakitangan kumpulan perancang.

“Pegawai konsular Kanada terus memberikan perkhidmat­an konsular kepada beliau dan keluargany­a serta akan terus mendapatka­n akses lanjut bagi Encik Spavor,” menurut pihak kementeria­n.

China telah menangkap dua rakyat Kanada selepas Ottawa menahan seorang eksekutif kanan dari gergasi Huawei di atas permintaan Amerika Syarikat (AS).

“Kami benar-benar jelas untuk berada di samping rakyat kami yang telah ditangkap, cuba untuk mengetahui kenapa, cuba untuk bekerjasam­a dengan China untuk menunjukka­n bahawa ini tidak dapat diterima,” Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau memberitah­u Citytv di Toronto pada Jumaat lepas.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo turut menyelar penangkapa­n sebagai “tidak dapat diterima”.

Meng Wanzhou, ketua pegawai kewangan untuk Huawei, telah dibebaskan dengan ikat jamin di Vancouver pada Selasa lepas sementara menunggu ekstradisi ke AS. Beliau dituduh melanggar sekatan AS ke atas Iran.

Beijing telah mengugut Kanada dengan “akibat buruk” sekiranya Meng tidak dibebaskan.

Ottawa telah beberapa kali menyatakan penahanan Meng bukan isu politik namun sebaliknya satu proses kehakiman dalam mematuhi perjanjian ekstradisi dengan Washington.

Dalam temu bual dengan CTV News pada Ahad, Trudeau menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai impak dari perang AS- China kepada Kanada, yang telah mendesak bagi satu perjanjian dagangan bebas dengan Beijing.

“Salah satu perkara yang kami perlu untuk fahami adalah ketika terdapat konflik seperti ini… di mana kita bercakap mengenai perang dagangan yang meningkat kita bercakap mengenai perbalahan ketara antara dua ekonomi terbesar di dunia,” ujar beliau.

“Akan berlaku akibat yang tidak dijangkaka­n di seluruh dunia, termasuk di Kanada.”

Beberapa syarikat Kanada beroperasi di China belum melaporkan masalah yang ketara di sebalik krisis diplomatik sekarang.

Bagaimanap­un, syarikat pengeluara­n kot Canada Goose pada minggu ini telah menangguhk­an pembukaan sebuah kedai baharu di Beijing atas“sebab pembinaan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia