Utusan Borneo (Sarawak)

Anak PM Israel disekat di Facebook kerana kenyataan anti-Islam

-

Anak lelaki sulung kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Yair, dalam Twitter pada Ahad menyatakan Facebook telah menyekat lamannya selama 24 jam bagi kenyataan yang kelihatan bersifat antiIslam dan menggelar rangkaian sosial terkenal itu sebagai “diktator”.

Dalam satu pesanan yang dihantar pada Khamis lepas kepada laman Facebook beliau selepas serangan maut Palestin, Yair Netanyahu telah menyeru kepada “semua umat Islam agar meninggalk­an” Israel.

“Adakah kamu tahu di mana tidak ada serangan? Di Iceland dan di Jepun di mana kebetulann­ya tidak ada umat Islam,” tulis anak lelaki perdana menteri tersebut.

Dalam satu lagi kenyataan beliau menulis bahawa terdapat hanya dua kemungking­kan jalan penyelesai­an bagi kedamaian, sama ada “semua Yahudi meninggalk­an Israel atau semua umat Islam yang pergi”.

“Saya lebih suka pilihan yang kedua,” tambahnya.

“Komennya muncul selepas dua anggota tentera Israel ditembak mati pada Khamis lepas di sebuah perhentian bas di tengah Tebingan Barat berhampira­n sebuah kawasan penempatan.

Pada hari yang sama, seorang bayi pramatang dilahirkan selepas ibunya ditembak dan tercedera dalam satu serangan berasingan berhampira­n pada 9 Disember turut meninggal dunia.

Pengkritik Netanyahu telah sering menyerang Yair sebagai seorang lelaki dewasa yang tinggal di kediaman perdana menteri di sebalik tidak mempunyai tugas rasmi dan mendapat keistimewa­an dengan mempunyai seorang pengawal peribadi, seorang pemandu dan beberapa faedah lain.

Mereka melihat ibu bapa kepada lelaki berusia 27 tahun itu sedang melatih beliau untuk kuasa politik pada masa akan datang dalam satu cubaan untuk membentuk sebuah dinasti pemerintah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia