Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Sudan melawat Damsyik, bertemu Assad

-

Presiden Sudan Omar al- Bashir melawat Damsyik pada Ahad, kata pihak presiden Syria, dalam kunjungan pertama beliau ke negara yang dilanda peperangan sejak permulaan konflik.

“Presiden Omar Hassan alBashir... telah tiba pada tengah hari ini bagi satu kunjungan ke Republik Arab Syria,” menurut pihak presiden.

Presiden Bashar al-Assad telah menemui rakan sejawatann­ya dari Sudan di lapangan terbang Damsyik pada tengah hari Sabtu lepas, tambah pihak presiden.

Mereka telah membincang­kan tentang “situasi dan krisis yang dihadapi oleh banyak negara Arab,” jelasnya.

Kedua-dua pemimpin itu turut menegaskan perlunya untuk membentuk “prinsip baharu bagi hubungan antara Arab berdasarka­n kepada menghormat­i kedaulatan sesebuah negara dan sikap tiada campur tangan dalam urusan dalaman.”

Liga Arab telah menggantun­g keahlian Syria pada hujung tahun 2011 selepas penindasan kejam selama beberapa bulan terhadap demonstras­i antirejim dan sebuah pergerakan pembangkan­g disokong oleh monarki Teluk.

Seorang pegawai Sudan pada lewat Ahad berkata Bashir telah kembali ke Khartoum “dari satu lawatan penting” ke ibu negara Syria.

Kali terakhir presiden Sudan melawat ibu negara Syria pada 2008 bagi menghadiri persidanga­n Liga Arab yang diadakan di sana pada tahun tersebut.

Peperangan Syria telah mengorbank­an lebih 360,000 orang dan menyebabka­n jutaan lagi kehilangan tempat tinggal sejak ia bermula pada 2011.

Ia kemudian merebak menjadi satu konflik yang rumit melibatkan pejuang jihad termasuk kumpulan Negara Islam ( IS) dan kuasa dunia.

Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICJ) telah mengemukak­an waran untuk penangkapa­n Bashir atas tuduhan genosid, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaa­n.

Namun pemimpin Sudan itu telah pergi ke Jordan pada tahun lepas bagi menghadiri persidanga­n tahunan Liga Arab, dan Amman tidak menangkap beliau — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia