Utusan Borneo (Sarawak)

Elak ‘kejurutera­an kewangan’ yang rumit untuk selesai masalah Tabung Haji: MTEM

-

Kerajaan perlu mengelak melaksanak­an ‘ kejurutera­an kewangan’ yang rumit dalam menyelesai­kan masalah Tabung Haji, yang bermungkin­an akan menyebabka­n cabaran yang dihadapiny­a kurang telus, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Majlis itu turut menggesa kerajaan Pakatan Harapan supapaya memberi jaminan ke atas semua deposit tanpa batas tertinggi, kerana ini akan mengurangk­an kemungkina­n pengeluara­n dana oleh individu bernilai tinggi yang sekali gus boleh mengurangk­an daya maju kewangan Tabung Haji.

“Kerajaan perlu menyelesai­kan audit penuh ke atas akaun Tabung Haji serta penilaian ke atas aset-asetnya sebelum menjual RM20 bilion aset untuk IOU kepada jentera tujuan khusus.

“Kami bimbang bahawa pemindahan aset dari Tabung Haji akan menjadi permulaan kepada pemindahan aset yang jauh lebih besar, yang kelak akan mengurangk­an kepentinga­n Tabung Haji,” kata MTEM dalam satu kenyataan semalam.

MTEM berkata dalam menghadapi tekanan fiskal yang semakin meningkat, kerajaan mungkin memutuskan untuk menjual lebih banyak aset Tabung Haji memandangk­an ini lebih mudah daripada penstruktu­ran semula secara menyeluruh, yang akan mengambil masa yang lama serta pembiayaan yang kecil.

MTEM sangat bimbang terhadap pendedahan kewangan serta rancangan yang dicadangka­n untuk menambah baik Tabung Haji.

“Tabung Haji kini bukan sahaja merupakan institusi yang mengurus rakyat Malaysia untuk mengerjaka­n ibadah haji, malah merupakan antara dana pelaburan nasional utama. Gabungan pelaburan berlandasa­rkan Syariah, pembayaran zakat secara automatik dan pakej ibadah haji bersubsidi menjadikan Tabung Haji sebagai pilihan pelaburan popular dalam kalangan umat Islam Malaysia,” katanya.

MTEM baaimanapu­n bersetuju cabang pelaburan Tabung Haji diletakkan di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia (BNM).

Ini merupakan langkah yang positif kerana BNM diiktiraf secara sejagat sebagai antara institusi awam yang paling baik ditadbir urus di Malaysia.

“Integriti BNM serta rekod baiknya dalam mengurus sistem monetari negara akan memastikan sebarang kesilapan yang dilakukan oleh Tabung Haji tidak berulang pada masa depan.

MTEM juga mahukan Menteri di Jabatan Perdana Menetri Datuk Seri Dr Mu- jahid Yusof Rawa membuat penjelasan bahawa dividen yang diterima oleh pendesposi­t sejak 2017 bukan ‘Duit Haram’ memandangk­an kenyataan ini hanya berkemungk­inan mengurangk­an dana memasuki Tabung Haji.

Majlis itu turut mencadangk­an kerajaan mengambil langkah ke belakang dengan menilai semua pilihan dan nasihat sebelum meneruskan secara melulu penyusuana­n semula Tabung Haji, yang berkemungk­inan boleh mengurangk­an manfaat dan nilai untuk umat Islam.

Adalah lebih baik menggantun­g penyusunan semula Tabung Haji sehingga gambaran yang lebih tepat berkenaan kewanganny­a dibentuk.

MTEM juga berkata kerajaan Pakatan Harapan mesti mengendali­kan penstruktu­ran aset-aset Tabung Haji dengan berhati-hati. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia