Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka fokus atasi birokrasi pelaburan

-

Kerajaan negeri Melaka akan memberi fokus terhadap isu birokrasi melibatkan sistem pentadbira­n dan pengurusan, khususnya melibatkan aspek pelaburan, bermula tahun depan, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata ini bagi memudahkan pelabur asing dan tempatan melaksanak­an projek masing-masing, termasuk aspek memendekka­n masa menunggu kelulusan projek yang boleh menjejaska­n perancanga­n pelabur, sekali gus memberi impak ke atas kos serta merugikan rakyat dan negeri.

Menurutnya maklumat yang diperoleh daripada pelabur mendapati urusan menunggu kelulusan projek di Melaka sebelum ini mengambil masa yang panjang, antaranya lebih tiga tahun berbanding negeri lain.

“Sistem pentadbira­n dan pengurusan pada hari ini, khususnya melibatkan as- pek pelaburan, akan ditambah baik kerana setiap pelaburan yang masuk, akan memberi kesan kepada semua pihak ( termasuk) negeri, rakyat dan pelabur itu sendiri.

“Kelulusan bagi sesuatu pelaburan sehingga mengambil masa bertahun perlu dilihat semula agar ia dapat memberi manfaat termasuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Kerjaaan Negeri Melaka di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri dijangka memperoleh pelaburan kira-kira RM400 juta menerusi pelbagai perbincang­an dan usaha yang dilakukan sejak Pakatan Harapan mentadbir kerajaan negeri pada Mei lepas.

Adly berkata kerenah birokrasi juga perlu dikurangka­n dalam urusan melibatkan rakyat kerana sistem sedia ada bertujuan memberikan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

Untuk itu, ketua jabatan serta agensi kerajaan perlu jelas dengan matlamat kerajaan negeri ke arah membentuk satu sistem perkhidmta­n yang tersusun dan memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.

Sementara itu, Adly berkata bagi mengurangk­an karenah birokrasi dalam urusan rakyat dan pelabur, beberapa pendekatan telah dilaksanak­an, termasuk pemilikan harta di negeri ini tidak memerlukan kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, sebaliknya oleh Pengarah Tanah dan Galian.

“Bagaimanap­un kita di peringkat kerajaan negeri sentiasa memantau jumlah, bilangan dan siapa pemilik hartanah berkenaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia