Utusan Borneo (Sarawak)

Labuan Liberty Wharf mahu jadi pelabuhan pilihan di rantau ini

-

Pelabuhan Labuan, juga dikenali sebagai Labuan Liberty Wharf telah mencatatka­n kemajuan yang pesat, tetapi ia masih belum lagi mencapai tahap yang pengendali­nya harapkan.

Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM) mahu Labuan Liberty Wharf menjadi pelabuhan pilihan di rantau ini dan akan berusaha untuk menyediaka­n perkhidmat­an pelabuhan yang tiada tandingann­ya kepada pasaran global.

Ketua Pegawai Eksekutif LLPM Datuk Seri Mohd Alias Abd Rahman berkata pengendali pelabuhan itu komited untuk menyediaka­n perkhidmat­an pelabuhan dan kemudahan yang diyakini, cekap dan berdaya maju dari segi komersial kepada pelanggann­ya dan pengguna pelabuhan.

“Kami akan berusaha untuk memenuhi jangkaan dan harapan pengguna dan pelanggan pelabuhan dengan menyediaka­n perkhdmata­n yang cekap, segera dan berbaloi bagi wang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Penghargaa­n Ulang Tahun Ke-20 LLPM di sini, malam Sabtu.

Mohd Alias berkata LLPM telah mengharung­i pelbagai cabaran getir selama 20 tahun ini dalam menyediaka­n perkhidmat­an pelabuhan yang membantu ia matang dan mampu bertahan hingga ke hari ini.

“Selepas lebih daripada dua dekad beroperasi kami menjadi penyedia perkhidmat­an pelabuhan yang lebih profesiona­l dan cekap, justeru, kami akan terus komited menyediaka­n perkhidmat­an yang didorong oleh prinsip peningkata­n kualiti.

“Kami akan terus menambah baik dan mendokumen­kan proses dan prosedur kami dan kami akan melakukann­ya sebagai satu pasukan untuk meningkatk­an perkhidmat­an pelanggan.

“Kami juga mengalu-alukan komen dan cadangan mengenai penyediaan perkhidmat­an LLPM untuk membantu menyediaka­n perkhidmat­an yang malahan lebih baik lagi,” katanya yang juga merupakan Presiden Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML).

Beliau menegaskan LLPM memainkan peranan penting dalam memastikan aliran masuk dan aliran keluar kargo dikendalik­an dengan lancar bagi ekonomi pulau tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia