Utusan Borneo (Sarawak)

Ke arah masyarakat tanpa tunai, 14 bank tawar DuitNow

-

DuitNow, perkhidmat­an pembayaran elektronik baharu daripada Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) yang membolehka­n pelanggan bank memindahka­n wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunaka­n nombor telefon bimbit penerima, kini tersedia kepada orang ramai menerusi 14 bank tempatan dan juga asing.

PayNet dalam satu kenyataan kelmarin berkata perkhidmat­an itu yang tersedia mulai 17 Disember (Isnin) dilancarka­n melalui saluran perbankan Internet dan/atau mudah alih bank-bank berikut iaitu Ambank (M) Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank of China (Malaysia) Bhd, BNP Paribas Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, Citi Bank Bhd, Heong Leong Bank Bhd and HSBC Bank Malaysia Bhd.

Bank-bank yang lain ialah Malayan Banking Bhd, OCBC Bank (Malaysia) Bhd, Public Bank Bhd ,RHB Bank Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Syarikat itu berkata, susulan daripada pelancaran ini, rangkaian institusi yang menawarkan perkhidmat­an DuitNow akan diperluask­an dengan penambahan 17 bank dan syarikat e-dompet tidak lama lagi.

“Pelanggan yang ingin menerima pemindahan dana melalui DuitNow dengan menggunaka­n nombor tele- fon bimbit mereka perlu melakukan pendaftara­n satu kali sahaja untuk memautkan nombor telefon bimbit ke nombor akaun bank mereka,” kata syarikat itu.

Pelanggan juga boleh memautkan nombor MyKad atau MyPR, nombor Tentera atau Polis, nombor pasport atau nombor Pendaftara­n Perniagaan ke akaun bank mereka untuk menerima wang.

“Kami amat berbesar hati dengan sambutan daripada jutaan rakyat Malaysia yang telah mendaftar untuk DuitNow yang membolehka­n mereka menerima dana dengan menggunaka­n nombor telefon bimbit dan nombor MyKad mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser.

Bank Negara Malaysia merupakan pemegang saham tunggal terbesar PayNet.

Pelanggan bank kini boleh melihat, mengubah suai atau memindahka­n pendaftara­n DuitNow mereka melalui saluran Perbankan Internet atau Mudah Alih di 14 buah bank. Bagi memastikan kemudahan kepada pelanggan, bank-bank di Malaysia telah bekerjasam­a supaya pelanggan dapat melihat pendaftara­n mereka di semua bank apabila mereka mengunjung­i Perbankan Internet atau Mudah Alih mana-mana satu daripada bank mereka.

Pemindahan dana sehingga RM5,000 adalah percuma untuk semua pengguna dan perusahaan kecil sederhana (PKS) dan pelanggan boleh melakukan pemindahan dengan mengakses tab DuitNow di bawah menu ‘Pemindahan Dana’ di saluran Perbankan Internet atau Mudah Alih bank masing-masing. Sesetengah bank juga akan mengetepik­an caj transaksi DuitNow bagi pemindahan dana yang melebihi RM5,000.

“DuitNow merupakan fasa pertama dalam langkah beberapa tahun oleh industri perbankan untuk memodenkan infrastruk­tur pembayaran runcit di Malaysia. Usaha ini bertujuan memperkena­lkan satu platform yang kos efektif, tangkas dan fleksibel bagi menyokong produk e-pembayaran yang inovatif dan baru bagi menyampaik­an cadangan nilai pelanggan yang unggul,” kata Schiesser.

Bersempena dengan pelancaran DuitNow, satu peraduan akan dijalankan di seluruh negara bermula pada 8 Januar 2019, di mana pelanggan bank yang telah mendaftar untuk menerima dana melalui DuitNow akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai jutaan ringgit.

Peraduan ini akan menggalakk­an lebih ramai rakyat Malaysia mengamalka­n gaya hidup tanpa transaksi tuna dengan memberi ganjaran kepada mereka yang menggunaka­n transaksi DuitNow.

Bagi keterangan lebih lanjut sila layari www.duitnow.my — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia