Utusan Borneo (Sarawak)

SME Corp belanja RM217.33 juta ke atas program teknologi pada 2018

-

SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) telah membelanja­kan sebanyak RM217.33 juta bag melaksanak­an 28 program berkaitan teknologi serta inovasi pada 2018, yang memanfaatk­an 37,429 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kata Ketua Pegawai Eksekutif Noor Azmi Mat Said.

Katanya, program-program tersebut berjalan di bawah inisiatif Penggunaan Inovas dan Teknologi yang digariskan dalam laporan tahunan Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA), SME Corp.

“Berdasarka­n laporan SMEIPA untuk 2018, sejumlah 151 program pembanguna­n PKS telah dirancang dan 613,576 PKS dijangka akan mendapat faedah daripadany­a,” kata Noor Azmi ketika berucap pada majlis pelancaran Kertas Putih Pendigital­an PKS di sini, semalam.

Beliau yang memetik kajian terkini SME Corp, berkata penemuan itu mendapati daripada 1,469 responden PKS, hanya 32 peratus menyedari Revolus Industri Keempat (Industri 4.0) manakala 69 peratus menyatakan kesediaan mereka.

“Sementara itu, 62 peratus mengakui bahawa mereka tidak berpengeta­huan serta berkemahir­an, dan 45 peratus menyatakan terdapat kekurangan dana dan sokongan,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau berharap Belanjawan 2019 yang memperuntu­kkan sebanyak RM7.12 bilion untuk pelbagai inisiatif yang menyokong Industri 4.0 dan pendigital­an akan menyediaka­n juga sokongan yang perlu bagi PKS.

Kertas putih itu merupakan mercu tanda pertama dalam kerjasama antara SME Corp dan Huawei Technologi­es (M) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) sebaga sebahagian daripada serahan d bawah Memorandum Persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani pada November 2017.

Pada Jun tahun ini, SME Corp dan Huawei Malaysia menaja satu kajian ke atas 2,033 PKS merentasi semua wilayah dan sektor termasuk perkhidmat­an, perkilanga­n pembinaan serta pertanian untuk melihat sejauh mana penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sektor-sektor itu. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia