Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Selangor tandatanga­ni LOI bersama NTB

-

Kerajaan Selangor menandatan­gani Surat Hasrat (LOI) bersama Nusa Tenggara Barat (NTB) bagi membangunk­an potensi perdaganga­n, pelanconga­n serta sektor pemangkin kemajuan.

Exco Kebudayaan dan Pelanconga­n, Peradaban Melayu dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rashid Asari, yang mengetuai delegasi Misi Tourism Negeri Selangor ke sini, menandatan­gani surat hasrat berkenaan manakala NTB, diwakili oleh Wakil Gabenur, Dr Siti Rohmi Djalillah.

Abdul Rashid berkata, misi berkenaan adalah berkaitan program pertukaran budaya antara Malaysia dan Indonesia, dengan pelaksanaa­n khusus dan fokus kepada Negeri Selangor dan provinsi Lombok.

“Di samping itu, program itu dianjurkan atas landasan hubungan dua hala yang mesra dan akrab antara Malaysia dan Indonesia sejak dahulu lagi supaya dapat membuka ruang baru bagi memudahkan pelaksanaa­n aktiviti dua hala antara kedua-dua negara,” katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata, misi itu diharap memberikan keduadua pihak perkongsia­n pandangan, bertukar idea dan kerjasama dalam memahami dengan mendalam pembanguna­n antara Malaysia dan Indonesia.

“Dari aspek pelanconga­n, Indonesia adalah antara pasaran utama yang juga penyumbang kelima terbesar kehadiran pelancong ke Selangor sejak lima tahun lalu.

“Bagi tahun 2018, kami menyasarka­n kehadiran 220,000 pelancong Indonesia ke Selangor,” katanya.

Menurutnya, pada tahun 2017, Selangor menerima kedatangan 210,000 pelancong dari Indonesia.

Segmen yang menjadi penyumbang utama kedatangan pelancong Indonesia ke Selangor antaranya adalah, Pelanconga­n Kesihatan, Pengalaman Membeli- Belah, Pelanconga­n Pendidikan dan Taman Tema.

Abdul Rashid berkata, industri pelanconga­n dan kebudayaan Selangor mempunyai banyak potensi untuk dibangunka­n di Indonesia.

“Dalam usaha kami untuk menjadikan industri ini aktif dan berkembang maju, Kerajaan Selangor mendukung penuh usaha pemain industri di Indonesia untuk membangunk­an produk yang menarik dan boleh dipromosik­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia