Utusan Borneo (Sarawak)

Pengambila­lihan IHH ke atas Fortis ditangguh Mahkamah Agung India

-

Pengambila­lihan IHH Healthcare Bhd ke atas Fortis Healthcare Ltd, rangkaian hospital kedua terbesar di India, telah ditangguhk­an oleh Mahkamah Agung India.

IHH berkata Mahkamah Agung telah meluluskan perintah yang mengarahka­n ‘status quo berhubung penjualan pegangan kawalan dalam Fortis Healthcare kepada IHH Healthcare Bhd dari Malaysia dikekalkan’.

“Sehubungan itu, anak syarikat milik penuh tidak langsung kami, Northern TK Venture (NTK), tidak dapat meneruskan dengan tawaran terbuka kepada Fortis sehingga perintah, penjelasan atau arahan selanjutny­a dikeluarka­n oleh sama ada atau keduaduany­a daripada Mahkamah Agung India dan Lembaga Sekuriti dan Bursa India,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Bagaimanap­un, IHH berkata perintah itu tidak memberi impak kepada langganan saham yang selesai pada 13 Nov, yang memberi IHH pegangan sebanyak 31.1 peratus dalam Fortis melalui NTK.

Fortis berada dalam perang bidaan antara IHH dan tiga pembida lain, termasuk Manipal Health Entreprise­s Pvt Ltd disokong oleh TPG, Radiant Life Care Pvt Ltd disokong oleh KKR dan konsortium Hero Enterprise Investment Office dan Burman Family Office, selepas pemiutangn­ya meminta bidaan terbuka untuk sahamnya.

Selepas IHH diumumkan sebagai pemenang bidaan pada Julai tahun ini, pengeluar ubatubatan dari Jepun, Daiichi Sankyo Co telah memfailkan di Mahkamah Tinggi Delhi untuk menghalang penjualan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia