Utusan Borneo (Sarawak)

CIDB perluas program usahawan kemahiran liputi bidang elektrikal

-

Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan ( CIDB) akan melebarkan program Usahawan Kemahiran di bawah Akademi Binaan Malaysia ( ABM) kepada Kemahiran Elektrikal bagi menggalakk­an para pelatih, khususnya golongan belia menyertai bidang tersebut.

Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Ir Ahmad ’Asri Abdul Hamid berkata program perintis tersebut yang bermula dengan bidang Kemahiran Pendingin Udara ABM Wilayah Selatan pada Jun lepas, melibatkan dua kumpulan pertama dengan setiap satunya dianggotai empat orang yang berpotensi digilap menjadi usahawan berjaya selain memiliki kemahiran dalam sistem pengudaraa­n dan pendingin udara.

“CIDB dijangka akan memperuntu­kkan RM400,000 untuk program ini tahun dan berhasrat melahirkan sekurang-kurang 16 pelatih lagi.

“Selama enam bulan, pelatih akan diberikan latihan dan panduan berkonsepk­an ‘Group Branding’ (Penjenamaa­n Kumpulan) beserta kemudahan pinjaman seperti van dan peralatan berkaitan daripada CIDB. Jika berjaya, kita akan mengembali­kan wang keuntungan sepanjang tempoh program yang dapat dijadikan modal perniagaan mereka,” katanya kepada pada media selepas Majlis Graduasi 2018 ABM Wilayah Tengah di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad ‘ Asri berkata 80 peratus lepasan ABM berjaya mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat program.

Enam pusat ABM di serata negara ini menawarkan latihan dalam 66 bidang kemahiran dengan tumpuan kepada 10 jenis kemahiran berimpak tinggi sejak tahun 2015.

Menurutnya, ia turut mendapat permintaan tinggi dalam industri dengan tawaran pendapatan lebih lumayan selain mampu menarik minat belia menyertai industri pembinaan termasuk bidang perancah, kimpalan, wayar, jurujaga jentera, pemasangan saluran paip, pengecatan, ujian, operasi kren, kilang dan pemasangan paip.

ABM merupakan pusat penilaian dan latihan kendalian CIDB yang memberi peluang kepada golongan belia dan pekerja berkaitan mendalam kemahiran dalam industr binaan.

Sejak penubuhann­ya pada 1997 sehingga kini, hampir 400,000 pekerja binaan telah mengikuti program latihan kemahiran pusat latihan ABM dengan kampusnya di koridor ekonomi Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Kedah, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia