Utusan Borneo (Sarawak)

HDC jangka eksport halal Malaysia cecah RM50 bilion menjelang 2020

-

Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC) menjangka eksport produk halal Malaysia berkembang kepada RM50 bilion menjelang 2020, dipacu oleh permintaan baharu daripada pasaran antarabang­sa.

Naib Presiden Pembanguna­n Industri HDC Hanisofian Alias berkata pertumbuha­n ini dijangka boleh dicapai memandangk­an peningkata­n jumlah penduduk Islam di seluruh dunia dan lebih ramai orang bukan Islam yang menggunaka­n produk halal sebagai sebahagian daripada kehidupan yang sihat dan bersih.

“Eksport halal kita berjumlah RM43 bilion pada 2017 dan saya yakin kita akan dapat mencecah paras RM50 bilion pada akhir 2020.

“Banyak negara bukan Islam menyedari potensi yang belum dimanfaatk­an dalam pasaran halal dan kini berlumba-lumba untuk melaksanak­annya sekali gus menyediaka­n peluang perniagaan dan eksport kepada kita kerana Malaysia sentiasa menjadi penanda aras dalam pengeluara­n dan persijilan halal,” katanya kepada pemberita selepas mengumumka­n kerjasama tiga pihak dengan ARLA Foods amba, di sini, semalam.

Pada peringkat awal kerjasama itu, Hanisofian berkata, HDC akan menyediaka­n perkhidmat­an nasihat pakar dan menawarkan perkhidmat­an perundinga­n dan latihan halal seperti yang dikehendak­i oleh Arla dan ARK, penasihat halal Arla.

“Ini merupakan kerjasama jangka panjang antara tiga pihak, dari segi perkongsia­n pengetahua­n dan pemasaran produk.

“HDC memainkan peranan dalam membantu Arla mengemudi perubahan dasar di Malaysia serta di Asia Tenggara. Ini penting kerana bagi Malaysia sahaja, Arla mengekspor­t produk bernilai lebih RM30 juta pada 2017,” katanya.

Ketua Rantaian Bekalan Halal Global Arla, Mahdi Salhab, berkata buat masa ini, syarikat itu tidak melabur secara monetari di Malaysia tetapi ia mungkin berubah bila-bila masa.

“Kami menjangkak­an saiz eksport kami ke negara ini akan meningkat dari semasa ke semasa, susulan kerjasama ini tetapi masih terlalu awal untuk menyatakan berapa banyak,” katanya.

Sistem Jaminan Halal Mandotari Arla adalah mematuhi standard Sistem Pengurusan Jaminan Halal Jabatan Kema- juan Islam Malaysia (JAKIM) dan Standards Malaysia MS Halal 1500:2009.

Arla Foods adalah syarikat tenusu antarabang­sa yang dimilik oleh 11,200 petani dari Denmark, Sweden, United Kingdom, Jerman dan Belgium.

Pasaran halal global ketika in dianggarka­n bernilai AS$2.3 trilion (AS$1=RM4.18) merangkumi sektor makanan dan bukan makanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia