Utusan Borneo (Sarawak)

Rangka manusia Mesolitik berusia 6,000 tahun ditemui di Gua Chawan

Memberi fakta baharu tentang amalan pengebumia­n, budaya hidup zaman prasejarah

-

KUALA LUMPUR: Rangka manusia zaman Mesolitik atau zaman batu pertengaha­n dianggarka­n berusia 6,000 sehingga 8,000 tahun, dijumpai di tapak Gua Chawan, Lembah Nenggiri, Kelantan pada 2 Nov lalu.

Rangka manusia dipercayai seorang remaja perempuan itu ditemui penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama pegawai Bahagian Arkeologi, Jabatan Warisan Negara (JWN) dan penyelidik Jabatan Sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris semasa menjalanka­n ekskavasi arkeologi di gua berkenaan.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata penemuan itu amat penting bagi arkeologi negara dalam memberi fakta baharu tentang amalan pengebumia­n dan budaya kehidupan zaman prasejarah di Malaysia.

“Rangka ini dipercayai remaja perempuan berdasarka­n tulang pelvis yang dijumpai pada rangka tersebut. Ia (rangka) dikebumika­n dengan bahagian kaki dilapik dengan batu kapur serta bahagian kepala juga dilapik dengan batu kapur.

“Tangan kanan memegang makanan berupa siput serta alat memotong rumput. Terdapat juga batu pengisar menumbuk yang diletakkan di bahagian kaki sebagai alat iringan si mati,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Mohamaddin berkata rangka manusia prasejarah itu telah dibawa keluar dari Gua Chawan pada 10 Nov lalu dan kini ditempatka­n di makmal sementara konservasi JWN dalam tempoh 60 hari untuk tujuan rekod dan pemulihara­an.

Katanya, sampel gigi dan cengkerang siput akan dihantar ke Beta Lab di Amerika Syarikat untuk memperoleh tarikh kronometri­k.

Tambahnya penemuan tersebut amat bermakna bagi merungkai budaya masyarakat primitif dan kehadiran manusia prasejarah di sekitar Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan.

“JWN dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan juga akan mengumpulk­an semua penemuan artifak untuk dijadikan bahan rujukan sejarah dan warisan negara serta dipamerkan kepada umum setelah proses konservasi selesai,” kata Mohamaddin.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tentang rancangan mengubah suai logo Visit Malaysia 2020 yang pernah menimbulka­n kontrovers­i sebelum ini, Mohammadin berkata pihaknya sedang mempertimb­angkan untuk mem- buat perubahan kecil dengan mengambil kira faktor kos.

“Sudah tentu dengan men- gubahnya kita perlu merasmikan yang baharu, kalau merasmikan yang baharu menggunaka­n banyak wang, persoalann­ya adakah ia berbaloi?. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Pembantu Muzium Kanan (Arkeologi) Jabatan Warisan Negara (JWN) Khairil Amri Abd Ghani membuat pembersiha­n pada rangka manusia yang ditemui.
— Gambar Bernama TELITI: Pembantu Muzium Kanan (Arkeologi) Jabatan Warisan Negara (JWN) Khairil Amri Abd Ghani membuat pembersiha­n pada rangka manusia yang ditemui.
 ?? — Gambar Bernama ?? FAKTAR BARU: Kurator Jabatan Warisan Negara (Arkeologi), Yazid Othman menerangka­n kepada wartawan mengenai penemuan rangka manusia prasejarah dan Artifak Arkeologi dalam Gua Chawan, Kelantan di jabatan itu dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama FAKTAR BARU: Kurator Jabatan Warisan Negara (Arkeologi), Yazid Othman menerangka­n kepada wartawan mengenai penemuan rangka manusia prasejarah dan Artifak Arkeologi dalam Gua Chawan, Kelantan di jabatan itu dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia