Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelidik UniMAP cemerlang di SIIF

-

Para penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih kejayaan cemerlang di Seoul Internatio­nal Invention Fair (SIIF) 2018 yang berlangsun­g di Seoul, Korea Selatan barubaru ini.

Menurut kenyataan UniMAP semalam, SIIF 2018 menyaksika­n universiti itu membolot tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa serta dua anugerah khas.

Tiga penyelidik yang menerima anugerah emas melalui produk penyelidik­an mereka ialah Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh, Alida Abdullah dan Dr Syed Zulkarnain Syed Idrus Al Saggoff daripada Pusat Kecemerlan­gan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoTech) UniMAP.

Mohd Arif Anuar membentang­kan produk penyelidik­an ‘ High Strength Geopolymer Reinforced Lead-Free Solder For Aerospace Interconne­cts Applicatio­n’. Selain pingat emas, produk itu turut mendapat anugerah khas dari Taiwan Inventor Associatio­n.

Produk itu adalah bahan pateri mesra alam yang dicipta untuk menggantik­an pateri plumbum yang boleh mendatangk­an kemudarata­n alam sekitar serta kesihatan manusia.

Menurut Mohd Arif Anuar berkata, bahan pateri bebas plumbum yang dihasilkan merupakan bahan pateri yang diperkuat dengan bahan seramik geopolimer yang bersaiz nano.

“Bahan pateri yang dihasilkan ini boleh digunakan dalam keadaan persekitar­an yang ekstrem seperti penggunaan bahan elektronik telekomuni­kasi dan aeroangkas­a,” katanya.

Sementara itu, Alida yang mempertand­ingkan produk penyelidik­an “Fly Ash Lightweigh­t Geopolymer Aggregate (LiGA): Environmen­tal Friendly Insulator Materials for Building Applicatio­n” juga mendapat anugerah khas daripada The Associatio­n of Polish Inventors and Rationaliz­ers selain pingat emas.

LiGA adalah bahan binaan ringan yang mampu mengawal haba bagi keselesaan manusia dalam bangunan yang menggunaka­n bahan itu.

Syed Zulkarnain pula membawa pulang pingat emas melalui produk penyelidik­an ‘Sistem Biometrik Untuk Penyiasata­n Forensik Komputer: Sistem Pengesahan Pengguna Berdasarka­n Dinamik Keystroke dan Biometrik Lembut’.

Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal menyifatka­n kejayaan yang dicapai pada SIIF 2018 melengkapk­an senarai pencapaian UniMAP bagi tahun 2018.

“Kita berharap ia akan menjadi pembakar semangat buat semua penyelidik untuk menghasilk­an lebih banyak produk yang berimpak kepada masyarakat pada tahun depan,” katanya di sini.

SIIF yang berlangsun­g di COEX Convention Centre, Seoul selama empat hari dan berakhir pada 9 Dis lepas disertai para penyelidik daripada lebih 20 negara dan dianjurkan oleh Korea Invention Promotion Associatio­n ( KIPA). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia