Utusan Borneo (Sarawak)

MABPWZ 2018 hargai 16 penyumbang wakaf dan zakat PWZ USIM

-

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan majlis apresiasi Barakah Pusat Wakaf dan Zakat USIM (MABPWZ) 2018 sebagai tanda penghargaa­n kepada 16 organisasi yang menyumbang wakaf dan zakat kepada Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) universiti berkenaan.

Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkata Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merupakan penyumbang terbesar wakaf iaitu RM1.5 juta manakala Bank Pembanguna­n Malaysia Berhad merupakan penyumbang terbesar zakat korporat iaitu RM1 juta.

Lain- lain penyumbang ialah Permodalan Nasional Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Ambank Islamic, Celcom Mobile, Perumahan Kinrara Berhad, QSR Brands, MBSB Bank Berhad, Maybank Islamic Berhad, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n, Lembaga Zakat Selangor, AAKH Developmen­t Sdn Bhd, Alliance Bank Malaysia Berhad, Global Learnext dan Bidadari Exclusive.

Beliau berkata semua sumbangan yang disalurkan digunakan bagi membantu kumpulan pelajar daripada keluarga berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dan asnaf yang mewakili 70 peratus daripada keseluruha­n pelajar di universiti berkenaan.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu kesusahan dan meringanka­n beban pelajar. Selain itu melalui konsep wakaf ini juga kita harap dapat membina kole kediaman di dalam kampus bag menampung jumlah bilangan pelajar yang semakin ramai agar pelajar USIM tidak perlu lag menetap di kolej kediaman d luar,” katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.

Pada majlis itu, Pensyarah Fakulti Syariah dan UndangUnda­ng USIM Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM Dr Anuar Hasin dan Penolong Pengarah Unit Indeks Syariah Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mohd Hariri Mohd Daud dilantik sebagai duta PWZ USIM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia