Utusan Borneo (Sarawak)

Isu ‘chain of command’ dikaji kukuhkan peranan ESScom

Isu serius dan perlu diperjelas­kan demi keselamata­n, kata Azis

-

LAHAD DATU: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata kekangan isu ‘chain of command’ kini sedang dikaji bagi mengukuhka­n peranan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Menurutnya kerajaan mengambil berat isu yang dihadapi ESSCom itu dan berpendapa­t ia perlu diperjelas­kan demi keselamata­n khususnya di Sabah.

“Setelah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kita telah bersependa­pat untuk merangka strategi baharu, khususnya yang melibatkan ESSCom.

“Kita akan memperinci­kan dan memperhalu­si peranan ESSCom serta memutuskan sama ada ia perlu diubah suai atau dimansuhka­n dengan memperkasa­kan penguat kuasa lain seperti Pasukan Polis Marin atau Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Borang Kemasukan ke WARISAN kepada Timbalan Presiden Warisan Datuk Darrel Leiking yang diwakili oleh Setiausaha Agung Loretto Jr Padua, di sini pada Ahad.

Azis berkata kerajaan persekutua­n perlu menyediaka­n peruntukan secukupnya kerana isu berkaitan keselamata­n tidak boleh dipandang ringan kerana ia juga boleh menjejaska­n sektor lain.

“Kita tahu bahawa ada tindakan yang diambil oleh kerajaan terdahulu namun ia masih belum mencukupi, buktinya penculikan demi penculikan serta penceroboh­an di perairan negara masih berlaku.

“Perhatian yang serius wajar diberikan kepada isu ini memandangk­an isu keselamata­n juga boleh menjejaska­n sektor lain seperti pelanconga­n dan pelaburan,” katanya.

Menurutnya, langkah penjimatan yang dibuat oleh kerajaan terhadap sektor lain amat dialu-alukan namun kerajaan tidak boleh berkomprom­i dalam isu keselamata­n.

Azis mendedahka­n antara sebab kenapa WARISAN mampu menumbangk­an kerajaan dahulu kerana salah satu faktornya adalah keselamata­n yang telah mendorong rakyat beralih arah.

“Kerana sewaktu pemerintah­an dahulu, mereka bukan tak ada ambil tahu tapi kurang diambil perhatian buktinya kes penculikan dan penceroboh­an masih berlaku, sebab itu kerajaan kini perlu mengambil perhatian sewajarnya,” katanya.

 ??  ?? BERPOTENSI: Rakam (lapan kiri) bergambar bersama para peserta bengkel serta Amir dan Anita.
BERPOTENSI: Rakam (lapan kiri) bergambar bersama para peserta bengkel serta Amir dan Anita.
 ??  ?? DIKAJI: Azis ditemui media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Borang Kemasukan ke WARISAN.
DIKAJI: Azis ditemui media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Borang Kemasukan ke WARISAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia