Utusan Borneo (Sarawak)

PKKP UMS perkasa sistem pembelajar­an

-

Pusat Kokurikulu­m dan Kemajuan Pelajar (PKKP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menggalas tanggungja­wab memperkasa­kan sistem serta struktur pembelajar­an dari semasa ke semasa.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, ia bagi memenuhi keperluan serta penguasaan kemahiran profesiona­l dan kemahiran insaniah pelajar, seiring dengan keperluan sektor pekerjaan.

“UMS melalui PKKP menawarkan kursus-kursus yang relevan dengan kehendak dan aspirasi pembanguna­n pelajar cemerlang, sesuai juga dengan sistem pembelajar­an secara intergrati­f iaitu penguasaan kemahiran profesiona­l dan kemahiran insaniah.

“Gabungan pembelajar­an secara intergrati­f ini akan dapat membantu universiti membentuk graduan yang holistik dan berwibawa untuk melangkah ke gerbang kejayaan.

“Universiti berharap dengan konsep pembelajar­an dan pengajaran kursus kokurikulu­m yang bersistema­tik serta berstruktu­r, akan dapat melahirkan graduan serta bakal menjadi pemimpin masyarakat yang unggul dan cemerlang,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Karnival Kokurikulu­m Semester satu sesi 2018/2019, di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Akademik (HEPA) UMS Profesor Dr Ismail Ali.

Sementara itu, Kamarudin berkata penganjura­n Karnival Kokurikulu­m bertujuan memastikan pelajar UMS berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti terbabit bagi pemantapan jati diri dan pembanguna­n modal insan cemerlang.

Sehubungan itu, beliau berharap pelajar akan dapat membudayak­an kehidupan sebagai pelajar yang unggul serta bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulu­m baik di dalam mahupun luar kampus.

“Mudah-mudahan program ini menjadi pemangkin kepada pelajar lain untuk terus berusaha dan cemerlang dalam bidang pembanguna­n kemahiran insaniah mahupun aktiviti kemahasisw­aan pada masa hadapan.

“Saya amat berbangga kerana karnival ini berjaya menyatukan semua pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama, bangsa dan bahasa di bawah satu karnival yang hebat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PKKP Dr Hasnol Noordin menjelaska­n karnival berkenaan adalah kemuncak pembelajar­an kokurikulu­m yang mempamerka­n output pembelajar­an secara amali melalui persembaha­n pameran dan pertanding­an.

Katanya, karnival itu juga melibatkan keseluruha­n pelajar kokurikulu­mdanbebera­pakomponen iaitu kemasyarak­atan dan kepimpinan, sukan dan rekreas serta badan beruniform.

“Pelajar kokurikulu­m diwajibkan untuk turut serta dalam program ini sebagai sebahagian daripada penilaian akhir pembelajar­an subjek kokurikulu­m yang akan dinilai oleh para pensyarah dan jurulatih masing-masing.

“Melalui penglibata­n ini pelajar akan dapat menambah pengetahua­n dan pengalaman untuk memperkemb­angkan intelek, minat, bakat jasmani serta rohani ke arah pembanguna­n kepimpinan, pembentuka­n nila insaniah, jati diri serta nilai sosia yang positif,” katanya.

 ??  ?? DIPERKASA: Hasnol (dua kiri) mengunjung­i gerai pameran pada Karnival Kokurikulu­m Semester satu sesi 2018/2019.
DIPERKASA: Hasnol (dua kiri) mengunjung­i gerai pameran pada Karnival Kokurikulu­m Semester satu sesi 2018/2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia