Utusan Borneo (Sarawak)

Industri agromakana­n tempatan berpotensi besar

-

Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Rakam Sijim berkata, industri agromakana­n tempatan berpotensi besar untuk dimajukan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Bengkel Pemerkasaa­n Usahawan Melalui Teknologi Rekabentuk, Penjenamaa­n dan Peningkata­n Kualiti Produk anjuran kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang dan SIRIM.

“Untuk lebih berdaya saing dan berdaya maju dalam indus- tri agromakana­n, nilai tambah adalah perlu dan kualiti produk harus konsisten,” katanya.

Rakam berkata golongan usahawan yang mengeluark­an produk atau perkhidmat­an industri asas tani (IAT) adalah sebagai pemain industri dalam pembanguna­n negara.

Kebanyakan usahawan IAT tergolong dalam ketegori perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan peranan mereka amat penting dalam merencanak­an masa hadapan ekonomi negara.

“Pembanguna­n produk IAT yang berkualiti amat diutamakan dalam pengeluara­n agromakana­n dan juga makanan siap sedia dimakan,” katanya.

Menurutnya produk IKS mempunyai pertalian yang rapat dengan setiap aspek ekonomi seperti perusahaan mikro, masyarakat luar bandar, pembekal input perniagaan dan juga pengeluar produk hiliran.

Beliau yakin para usahawan akan berjaya mendapat pendapatan lumayan dan perniagaan mereka akan berkembang maju dengan berbekalka­n ilmu pengetahua­n yang telah diperolehi.

“Para usahawan harus kuat berusaha, merancang dengan baik dan cekal dalam menghadapi cabaran demi untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Bengkel dua hari anjuran LPP dan SIRIM itu telah dihadiri seramai 35 usahawan IKS dari seluruh Sabah serta Labuan.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengarah Bahagian Pembanguna­n Usahawan LPP Amir Matamin, Pengarah LPP Sabah Anita Misuari dan Pengurus Besar Pusat Rekabentuk Pembungkus­an dan Keselamata­n SIRIM Noor Hayati Mokhtar.

 ??  ?? BERTEMBUNG: Tiga kenderaan bertembung di Jalan Long Manis menyebabka­n 11 mangsa cedera ringan dan trauma.
BERTEMBUNG: Tiga kenderaan bertembung di Jalan Long Manis menyebabka­n 11 mangsa cedera ringan dan trauma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia