Utusan Borneo (Sarawak)

Program Retreat AKRAB Padawan padat pengisian kepimpinan

- Oleh Harry Ilias

SERAMAI 26 ahli AKRAB PPD Padawan termasuk Kaunselor Organisasi Daerah Veronica Peter Ballak telah mengikuti program Retreat AKRAB pada 10 dan 11 November 2018 di The Village, Sematan.

Pengerusi AKRAB PPD Padawan, Anthony Matthew Dunging berkata program yang dirancang sejak beberapa bulan sebelumnya bertujuan menghargai jasa dan penglibata­n setiap ahli AKRAB sepanjang tahun ini di samping mengukuhka­n lagi silaturrah­im sesama ahli.

Program selama dua hari satu malam berjalan dengan lancar dengan pendaftara­n dibuat oleh Jawatankua­sa Sosial, Ryna Sema Duat bagi memudahkan perjalanan program.

Pelbagai aktiviti pengukuhan pasukan yang diketuai Jawatankua­sa Profesiona­l, Mohd Aidil Iskandar Abdul Rahman dijalankan semasa program tersebut iaitu Bapak Ayam, Tut-tut Keretapi, Saya yang menjalanka­n amanah, Bola Sakti, Ratu Cantik dan Jalinan Akrab.

Kesemua aktiviti yang dijalankan mempunyai pengisian yang tersendiri dari segi kepimpinan, kerjasama, beramanah, kecekapan, keterampil­an diri dan komunikasi berkesan.

Pada malamnya, ahli AKRAB telah mengadakan jamuan makan malam dan BBQ, karaoke dan cabutan bertuah kepada semua ahli AKRAB.

Jamuan ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrah­im serta menjalinka­n ikatan yang AKRAB lagi kepada semua ahli AKRAB agar lebih mesra dan bersatu pada masa akan datang.

Aktiviti Khidmat Masyarakat (Love Green) dan aktiviti santai diadakan pada sebelah pagi 11 November 2018 di mana ahli AKRAB bersamasam­a mengutip sampah sarap, kayu, tin dan botol kosong di sepanjang pantai Sematan bertujuan menjadikan ahli AKRAB lebih sensitif kepada alam sekitar.

Pada akhir program ini, Veronica mengucapka­n syabas kepada semua ahli AKRAB atas kerjasama dalam menjayakan program permukiman berkenaan.

Beliau juga berharap agar aktiviti sebegini akan merapatkan lagi jaringan serta jurang ikatan semangat kekitaan dalam diri setiap ahli AKRAB.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TERUJA: Sebahagian daripada ahli AKRAB PPD Padawan bergambar beramai-ramai sebaik tiba di The Village, Sematan.
TERUJA: Sebahagian daripada ahli AKRAB PPD Padawan bergambar beramai-ramai sebaik tiba di The Village, Sematan.
 ??  ?? SANTAI: Ahli AKRAB bersama-sama menikmati jamuan makan malam selepas keletihan pada siang hari.
SANTAI: Ahli AKRAB bersama-sama menikmati jamuan makan malam selepas keletihan pada siang hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia