Utusan Borneo (Sarawak)

BUDA ANCHAH BAKAL ‘KENDURI BESAR’

Badang Sarawak itu teruja dengan imbuhan Shakam atas kejayaan Kejuaraan Bina Badan di Thailand

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Atlet elit bina badan negara, Buda Anchah bakal ‘kenduri besar’ apabila dijanjikan insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) di atas kejayaan beliau pada Kejuaraan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia Kali Ke- 10 yang berlangsun­g di Chiangmai, Thailand minggu lalu.

Menurut bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu, perkara tersebut diberitahu oleh Setiausaha Kehormat Persekutua­n Bina Badan Malaysia (MBBF), Kamaruzama­n Kadir sejurus ketibaan kontinjen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kelmarin.

Buda antara tujuh atlet negara yang bersaing pada kejuaraan anjuran Persekutua­n Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia (WBPF) di mana mereka berjaya membawa pulang empat pingat emas, satu perak dan dua gangsa.

Buda sendiri menyumbang satu emas dan satu gangsa masing-masing melalui acara masters (umur 40-49 tahun) dan lightweigh­t (70 kilogram).

“Saya gembira menerima berita ini dan juga sambutan sangat meriah di KLIA2 kelmarin…lebih-lebih lagi dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Saya difahamkan bahawa setiap penyumbang pingat pada kejuaraan di Chiang Mai, Thailand itu akan menerima insentif Shakam.

“Saya gembira menerima berita ini dan juga sambutan sangat meriah di KLIA2 kelmarin… lebihlebih lagi dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Rahman. ” Abdul Buda Anchah Atlet elit bina badan negara

“Di samping itu, saya juga begitu seronok mendengar cadangan Syed Saddiq memasukkan semula acara bina badan dalam edisi Sukan SEA di Manila tahun depan. Untuk itu, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada beliau,” kata Buda ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (KIA) malam kelmarin.

Beliau dan rakan sepasukann­ya, Dr Malvern Abdullah disambut oleh Pengurus Bahagian Pembanguna­n Sukan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Ahmad Rodzli Hashim yang mewakili Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Dr Ong Kong Swee.

Ketibaan badang Bumi Kenyalang itu juga disambut dengan laungan semangat oleh ahli-ahli keluarga, wakil Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) dan rakan dari Kelab Bina Badan Iron Hardcore Samarahan, tempat Buda menjalani latihan.

Buda juga mengungkap­kan penghargaa­n kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan, Dr Ong atas bantuan daripada MSNS dan SSC, Presiden SBBA Datuk Wee Hong Seng dan penyokong terutama ahli keluarga dan rakan-rakan dari Kelab Iron Hardcore.

“Saya sangat terharu dengan sambutan di Kuching namun saya ingin nyatakan harapan agar kerajaan Sarawak dapat memberi pengiktira­fan sewajarnya kepada saya dan rakanrakan seperjuang­an.

“Sudah 25 tahun saya berada dalam bidang ini, di mana saya telah membuktika­n bahawa sukan bina badan boleh diharap untuk menyumbang pingat kepada Malaysia melalui kejohanan-kejohanan antarabang­sa,” kata beliau.

Ketika dihubungi, Snowdan bersetuju dengan cadangan agar Buda dan atlet-atlet elit bina badan Sarawak menerima peruntukan tahunan bagi menghadapi dua kejuaraan besar WBPF iaitu peringkat Asia dan dunia.

“Ya, perkara ini juga telah dibangkitk­an oleh SBBA kepada kementeria­n. Saya bang- ga dengan Buda atas pencapaian beliau, serta rakan-rakan sepasukan lain. Saya berasa mereka telah mempamerka­n prestasi yang konsisten sejak beberapa tahun lalu.

“Kami (kementeria­n sukan) akan melihat perkara itu dengan lebih lanjut. Saya akan memaklumka­n perkara ini kepada Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah,” kata Snowdan.

 ??  ??
 ??  ?? BANGGA: Buda (empat kanan) bersama pingat dimenangin­ya sejurus tiba di KIA malam kelmarin. Turut kelihatan (dari kanan) Setiausaha SBBA Andy Ismail, Naib Presiden SBBA George Awi, Malvern dan Rodzli.
BANGGA: Buda (empat kanan) bersama pingat dimenangin­ya sejurus tiba di KIA malam kelmarin. Turut kelihatan (dari kanan) Setiausaha SBBA Andy Ismail, Naib Presiden SBBA George Awi, Malvern dan Rodzli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia