Utusan Borneo (Sarawak)

HARI KELUARGA ERATKAN SILATURAHI­M WARIS HASYIM

- Oleh Kelvin Lambai

SEBUAH keluarga besar daripada keturunan Allahyarha­m Hasyim Deli iaitu bekas Penghulu Kampung Geobilt, Jalan Bako, Kuching telah mengadakan program hari keluarga di Sematan Village di Sematan.

Program kali ketiga yang berlangsun­g dua hari satu malam berkenaan melibatkan seramai 200 ahli keluarga yang terdiri daripada anak, cucu dan cicit Hasyim.

Dengan bertemakan ‘santai sama-sama’ program kali ini bertujuan merapatkan lagi hubungan sesama ahli keluarga di samping merehatkan minda menerusi aktiviti berbentuk santai.

Pengarah program, Mahadir berkata, kesemua ahli keluarga keturunan Hasyim telah dibahagika­n kepada beberapa kumpulan mengikut warna merah, oren, ungu dan hitam bagi tujuan aktiviti sukaneka.

“Menerusi aktiviti sukaneka tersebut, kesemua ahli keluarga telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara mengikut tahap usia masing-masing seperti tarik tali empat penjuru untuk lelaki dewasa dan permainan agih tepung untuk perempuan dewasa,” ujarnya.

Turut diadakan juga ialah acara berlari bawa bola dalam kain batik untuk perempuan bawah 17 tahun, mengasing pelbagai jenis kacang dalam tepung serta boling kelapa untuk golongan veteren lelaki dan perempuan.

Selain sukaneka, kesemua ahli keluarga keturu- nan Hasyim turut mengambil peluang mengabadik­an kenangan mereka menerusi aktiviti di kolam renang dan memanggang ayam di penginapan masing-masing.

Hari kedua program tersebut pula dimulakan dengan sesi sarapan pagi yang disediakan pihak pengurusan Sematan Village dan diteruskan dengan bacaan doa oleh salah seorang cicit Hasyim iaitu Ustaz Syaifullah Ismail sebelum aktiviti penyampaia­n hadiah bermula.

Bagi memeriahka­n lagi program tersebut, kesemua penerima dikehendak­i mempersemb­ahkan tarian terlebih dahulu sebelum mereka menerima hadiah sukaneka termasuk cenderahat­i dan cabutan bertuah.

Program berkenaan diakhiri dengan ucapan Mahadir yang mahu ikatan kekeluarga­an keturunan Hasyim dikekalkan menerusi program sama pada masa akan datang.

Menyentuh mengenai Hasyim, beliau adalah penghulu kedua yang memimpin Kampung Geobilt menggantik­an bekas penghulu terdahulu iaitu Ibrahim Ali Udin.

Jawatan beliau kemudianny­a diambil alih Allahyarha­m Tahit Ali dan Udin Damit (dilantik semenjak Mei 2008) dan Mohtar Gane yang memegang jawatan penghulu bermula 1 Mei 2009 hingga sekarang.

Kampung Goebilt merupakan perkampung­an Melayu yang wujud pada tahun 1897 seperti kampung-kampung Melayu tradisiona­l lain di pesisiran pantai Sarawak yang telah melalui sejarah tersendiri.

Pada asalnya kampung tersebut diberi nama Tanjung Batu sebelum ia diubah kepada Geobilt pada tahun 1900 berdasarka­n kepada nama seorang individu Inggeris yang merupakan pemilik kilang jelutong pada waktu itu.

 ??  ??
 ??  ?? KELUARGA BESAR: Ahli keluarga Hasyim bergambar beramai-ramai sebelum balik ke tempat masing-masing.
KELUARGA BESAR: Ahli keluarga Hasyim bergambar beramai-ramai sebelum balik ke tempat masing-masing.
 ??  ?? BERTUAH: Pemenang acara cabutan bertuah menerima hadiah daripada penganjur.
BERTUAH: Pemenang acara cabutan bertuah menerima hadiah daripada penganjur.
 ??  ?? ORANG KUAT: Ahli jawatankua­sa hari keluarga Hasyim memastikan program berjalan lancar.
ORANG KUAT: Ahli jawatankua­sa hari keluarga Hasyim memastikan program berjalan lancar.
 ??  ?? DOA SELAMAT: Ismail Sulong (tengah) mengucapka­n doa selamat sebelum bergerak ke Sematan Village.
DOA SELAMAT: Ismail Sulong (tengah) mengucapka­n doa selamat sebelum bergerak ke Sematan Village.
 ??  ?? FOKUS: Acara boling padang bagi kategori lelaki veteren memeriahka­n acara hari keluarga Hasyim.
FOKUS: Acara boling padang bagi kategori lelaki veteren memeriahka­n acara hari keluarga Hasyim.
 ??  ?? BERENTAP: Peserta berentap dalam acara tarik tali bagi kategori lelaki dewasa.
BERENTAP: Peserta berentap dalam acara tarik tali bagi kategori lelaki dewasa.
 ??  ?? SANTAI: Ahli keluarga Hasyim bergambar sebelum memulakan sukaneka.
SANTAI: Ahli keluarga Hasyim bergambar sebelum memulakan sukaneka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia